Translate

Thursday, April 19, 2012

Bila Tiada....

Hikhikhik....sambungan dr cerita ni. Jumaat malam sabtu, bila malam je...aktiviti membuat homework seperti biasa. Eh, teacher pon sgt membantu tau sbb ape?sebab teacher bg homework kat irfan,banyak....yeah aku pon segregate homework dia and make sure boleh lasting sampai ahad. Bagi bizi ini budak so kureng skit time dia nak tanya about daddy

1st night - lepas buat homework...kasi depa main segala mainan and gadget. Agak2 dah malam skit cepat2 suh depa tido sebelum ada yang bertanya. Bila ada yg start tanya, so sorang lagi pon akan jangkit bertanya gak. Bila dah tido...i feel better. Done utk 1st night.

Hari ke-2, budak2 ni bangun lewat skit sbb tau sabtu cuti maaa. Irfan bangun2 dah tanya, daddy mana? Aku terus ckp,owh daddy gi work...irfan lambat bangun tadi. Yeah, dia percaya so startlah...buat keje rumah,mandi bagai n terus bawak budak2 outing. Ke mana? Hantam sajalah, so decide ke muzium. Alahai,mokcik ni xpernah drive sendiri pi muzium negara so call member minta bg hints jalan. Done- selamat sampai. Cerita pasal muzium later k.

Lepas musium bagai, petangnya aku ada business meeting. Gathering untuk berbincang planing in future pasal pameran pengantin. Owh,anak2 adalah bwh jagaan adik ku. Thanks lin,always be there bila diperlukan. Kesian aku kan...xdok maid peh tu kalut ke hulu ke hilir. Letih weii but alhamdulillah happy dengan rezeki yang ada.

Oks, sambung balik. Ni ari ke-2kan so, kelas malam macam biasa and dah start boleh agak what happen. Tekaan aku yg tepat, lepas siap buat homework irfan pon slow2 bisik kat telinga aku tanya, where is daddy? Dah lama irfan xjumpa daddy. Dah lama xsalam daddy. Aku pon jawap, daddy g work kan, so lambatlah balik. Irfan ckp dia nk tunggu daddy balik. Adoi, so bila adik dengar wording daddy terus dia pon tanya...di (short utk daddy) ne??alahai...ni best fren daddy dh bukak mulut,cakap sambil senyum kat dia...daddy work, daddy balik lambat. Daddy suh uols tido dulu. Esok pon daddy work,petang esok br daddy balik. Irfan buat muke xpuashati sbb daddy balik lambat...aku pulak buat derk saja. Xkoser nak layan lelebih sat lagi meraung budak tu nk daddy,mana aku nak cekaw. Jangan cari pasal weiii. Tak lama lepas tu, teruslah suh depa tido. Fuh... Malam ke-2 settle.

Day 3, pepagi adam memasing dah meroyan cari daddy. Si irfan dok tanya2 tepi telinga ni ha, daddy mana? Dah pergi work kah? Si adik lagi syiok... Pi dapur terus pi ketuk pintu bilik air. Dia ingat daddy kat dalam, bila xda respond terus g bilik belakang cari. Pantang tau aku nk membadak lama skit dah terpaksa bangun. Mandi2 bagai terus bawak depa pi lepak kedai mamak.
Scary kan kalau depa dok asyik tanya je. So dah pekena roti canai bagai, tgk2 dah tghari...makan2 terus untuk lunch and balik rumah.agak2 petang skit, keluar terus pi hotel tempat daddy kursus.

bergambaran sewaktu menunggu daddy habis meeting. Memula janji kul 6pm abis, so ngam2 sampai time ni, sms cakap xsudah lagi....

Lepas tu bersms asyik dgn soklan belum ke? belum??.sudahnyer kul 9.30 mlm baru habis...hangin saja aku menunggu. Dah ler kat situ banyak kedai tutup, yg ado pon restoran cine, damn...anak2 memasing dah kebuluq. Aku pon, teruslah gigih memimpin budak berdua ni pi cari makan like biskut. Sib baik watson ado so beli arr biskut and air.
Serius, start cuak dah sbb xjangkkan nk tunggu lama, so susu aryan xde bawak extra pon...betul2 bergantung harap pada susu yang dah bancuh tu...kalau habis tu kire nasiblah lepas tu jadi ape. Settle je semua...cepat2 balik. Xde singgah memana dah, sbb irfan dah tido peh tu aryan start nak susu balik.

lepas daddy ada kat rumah, barulah aku dapat tido dengan sangat lenanya. Balas dendam koo... dengan 2malam tido tak lena sbb risau anak2 jatuh katil bagai. So daddy take over balik duty memalam utk take care anak2. Pengalaman yang indah... cuma tu lah, xboleh tahan bila anak2 start tanya daddy mana?bila dah lebih sehari xnmpk muke daddy. Aku tabik spring kat member2aku yg duduk asing dengan asben depa kerna mencari rezeki. Serius beb, aku xsekuat uols.
Buah hati mummy and daddy.... Irfan and Aryan. Love uols very much. Next time bila daddy xde... Be good boys ok my little angle =D
Designed by UMIESUEstudio 2014 : LOVE RAZILA