Translate

Thursday, June 13, 2013

Pasar ahad...

Ahad yang baru lepas ni kan... aku berjaya memujuk cik darling ku untuk pergi ke pasar ahad di Stadium Shah Alam. Memula tu, dia xpaham...mendelah minah ni dok potpet2 pasal tudung lolipop lah...pedelpoplah...
Lama tau aku explain kat dia pasal tudung ni, padahal motipnya nak ajak dia pi sunday market nuu nak membeli tudung pelangi ni haa je.
Nyambil cuci mata ni...mana tau kot ada yang berkenan kat mata ni =)

              
Tudung yang dicari di sunday market...

Dari kg...zummm menuju ke shah alam.
alamak eh, hujan daaa. walau pon rerenyai but hujan gaklah kannn
bila tgk hujan je...feel nak shopping dah down, sentap beb...dah penat memujuk nak kemari, hujen pula. dalam hati, ku gigih berdoa supaya hujan stop.
Berdoa penuh pengharapan gitu.
sampai sana...alhamdulillah, hujan dah stop tapi kan...lecah weii.
Owh pelizz...kurang berkenan ku nak melangkah bab2 lecah ni hendak lagi aku pakai kasut baru Jelly Bunny tu. lololo rasa macam, owh my shoe kene air hujan gitu =D.
#macamlah kasut tu mahal bebenaw sampai sayang nak kene air hujan.

cik darling...melaju je dokong Iman, lenguh katanya dokong Iman.
Haaa! tulah, ku suruh angkot stoller x dgr cakap... membazir space lah, beratlah...lalalala..so membadanglah nyer dokong anak tu.

wallawei... sunday market ni so huge lah, semput aku nak pusing2 cari gerai jual tudung ni.
mata ni...naik juling mencari gerai tudung, malas nk masuk each row so mana nampak ala2 gerai tudung je baru singgah,

sudahnyer...hasil pencarian kira sukses jugalah.
tudung selai, topi mickey mouse utk Iman, kipas klip utk stoller Iman.
Peh tu...challow balik arr.
geram dok tgk Aryan main air hujan kat lopak2 tu...orang jalan kat tmpt kering, dia pula dok memilih jalan yang bergenang air. Oh! no...peliz arr aryan, dirty okey.
dah sampai tempat kering, boleh pula mamat bambam tu suh lap selipar dia...kotor katanya.
amboi ko nak...tadi komain ko mengharung lopak air tu dgn hati girang bila nak masuk kereta ko pula cakap selipar kotor kene air hujan...pftttttt.

ni gambo yang sesaja ambil during nak pi parking =)
x masuk semua lorong pon and aku plan kan... nak repeat mai sini...visit each lorong gitu.
kalau xder nak membeli pon sekadar melihat2 gitu.

#uols pernah sampai sunday market ni x??kat tapak stadium shah alam tu je ha.

With Love Razila
Designed by UMIESUEstudio 2014 : LOVE RAZILA