Translate

Monday, August 26, 2013

Happy birthday Iman ...

Awat.... kompius ka?
kikiki... ari ni Iman dah 6m tau so saja wish birthday kat dia =)   
so , 6m ... rasa macam kejap je utk uols ler for me rasa lamanye especially bila dia buat kerja tengah malam....emmm hari2 tak cukup tidor. hikhikhik

So excited nak perkenalkan solid food pada cik pinky saya, semalam saja je try nk perkenalkan dia pada puree kiwi tapi kennn, dua kali dia reject daa.
omaknya semangat siap google segala dok mencari resepi nk buat puri kiwi sebab buah yang ada setakad ni is kiwi je...
dah siap my puri tup2 bagi kat dia terus dia luah semula bila masuk mulut, masam kot tapi kami makan ok je...sweet sour gitu.
Try bagi semula pon sama gak...siap menjejeh air liur...eeee kemproh ler awak ni.

Bila si Aryan makan depan dia...komain mulut tu chap,chap berbunyi kecip bibir.
Bila bagi...buat muka memek masam. HEHEHHE
Si Aryan, siap bertambahlah pula puri kiwi tu...dah kene buat semula. Sabau jelah, ingat nak bagi si adik..si abang yang lagi over =)
Moh...moh...Keroyok Abang Irfan...

Cik Pinky dah expert meniarap, semua mende nak buat dalam posisi meniarap. Letih layan.
Nak main meniarap, nak gelak2 meniarap sampai nak nyusu pon nak posisi meniarap gak...sabar jelah, huru-hara mak nak adjust =p

Now dah teror hentak2 kaki sebab lagi kuat hentak lagi kuat loceng kaki berbunyi.
Kalau face up...suka capai ibu jari...dah macam situp pon ado...
Kalau bubuh dalam stroller tu...komain kuat angkat badan nak duduklah konon padahal...it's not ur time lagi nak seat yer sayang...sabar =D

Emm sehari 2 yang lepas perasan...ilmu baru is menunjal2...main rotate 360 darjah tu dah biasa.
Ni tengah dok risau...dia dah melasak time tidor, nak tidur di sebalah, kekadang terjaga dari tidur tup2 dah kat perut. Kekadang dengar dia nagis sayup2 je...buka mata cari...nuuuuuuu ha, kat lutut dah dia menggelongsong. Adoi, risau2 dia jatuh katil je. HEHEHHE.

Ari ni nak google cari resepi puri lah...nanti boleh main blande2 gitu.
So far lom memperkenalkan nestum lagi, ingat nak terus kekal masakkan untuk dia pula, insyaallah.
Semoga semangat nak memasak bubur utk cik pinky terus meninggi gitu...

Ada entry story raya terbengkalai...laterlah, now bizi cari resepi cik pinky.

ok babai. 
Designed by UMIESUEstudio 2014 : LOVE RAZILA