Translate

Saturday, March 1, 2014

Kek Milo...

Marila ke dapur ye kawan....
Resepi ni aku colek daripada blog ~BILA JARI BERBICARA~
Tq yer tuan tanah. ..menjadi korang.
Irfan sangat suka.... siap minta tapaw pi sekolah yer...
Resepi yang sangat simple...x perlu pening2 kepala heh!!!

Bahan2 seperti di bawah....

bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung blue key
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 2 1/2 cawan milo
  • 4 biji telur ayam
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan air panas

Cara-cara :

1. masukkan semua bahan2 dalam mangkuk besar....
2. kacau dengan sudip besar..kacau tangan je...jangan guna mixer...nanti telebih naik....tak jadi
3. bila semua bahan2 dah sebati dalam 5 minit je kacaunye....
4. then boleh ditapis adunan yag dah siap agar hasil nanti lebih halus dan cantekkkk
5. didihkan periuk pengukus dan kukus selama 40 minit
6. dah siap...kalo nak letak topping lagik best...( aku letak topping milo yang dicairkan dengar susu pekat jer. )
Ni hasil lepas aku dahsiap tapis and berada di dalam loyang ye.
Tunggu masak saja =)

Orait...siap sudah (^_^)
Korang jangan lupa cuba and share yer...
Kite memanjangkan ilmu gitu =D

Hasil after dipotong lupa nak snap...terharu tgk anak2 makan macam x pernah jumpa...
Mr R cakap a bit sweet tapi dia cakap manis macam rasa kek kat kedai tu lah xder over sangat cuma kami ni jenis kurang manis tu rasa macam terlebih level manis tu...next buat ingat nak kurangkan susu. 

Ni hasil percubaan yang dulu...xingat bila tapi rasanya xderlah sesedap resepi yang aku share seperti di atas.

Selamat mencuba kawan2.


Ok babai.
Designed by UMIESUEstudio 2014 : LOVE RAZILA