Translate

Monday, March 10, 2014

#PrayForMH370

Pencarian di google.

Hujung minggu yang lalu...gempar 1 dunia tentang kehilangan MH370 dari radar.
Sehingga ke hari ini, masih lagi berstatus misteri.

Di manakah lokasi MH370??
Apakah khabarnya mereka2 yang berada di dalam MH370??
Segalanya penuh misteri.

Walau ape pon sebab musababnya MH370 hilang...marilah bersama2 kite berdoa sepenuh hati supaya Allah permudahkan misi pencarian MH370 pihak2 berkenaan agar menemui mereka or paling tidak sebarang petunjuk baru bagi misteri kehilangan MH370 ini.

**All photo i get from google ye**
Berkenalan secara rawak antara mereka2 yang berada di dalam MH370.

Captain Zaharie Ahmad Shah, pilot of MH370

Co-pilot Fariq Abdul Hamid

Beberapa catatan dan gambaran dari waris2 yang terlibat dengan tragedi MH370.
Bertapa mengharapnya kite untuk menemui kembali MH370 dalam keadaan selamat dah sihat walafiat tetapi...waris mereka menggunung tinggi harapan untuk bertemu kembali dengan insan tersayang.
Luahan hati...
Jelas nampak kesediahan di wajah mereka bila mengetahui kejadian MH370.
Biar pon sehingga kini tiada berita yang mengembirakan tetapi sebolehnya...janganlah kite menambah duka di hati mereka dengan catatan, komen2 atau kenyataan or rumus2 yang tidak pasti kebenaranya.
Kasihanilah mereka yang menanti penuh harapan tu =(.


Ini adalah gambaran berkenaan tumpahan minyak di lautan berhampiran dengan pantai Tok Bali,
sample telah pun diambil dan dianalisis di Petaling Jaya, harap2 ini adalah petanda awal utk menemui MH370.

Hari ini...fokus pada kerja sedikit sebanyak terganggu dek menanti berita terkini berkenaan MH370 sambil di dalam hati berdoa semoga dipermudahkan urusan pencarian MH370.

Ya Allah Ya Tuhan ku yang maha berkuasa keseluruh alam...
Ko berdoa, kau permudahkanlah urusan mereka yang mencari MH370 semoga ditemui dengan kadar segera... walau kau temui ia dalam keadaan tiada harapan sekurang2 menjadi titik noktah pada waris2 mereka yang menanti Ya Allah.
Kasihanilah hamba2 mu ini Ya Allah...
Kasihanilah mereka2 yang menanti telah sekian lama Ya Allah.

~TONTON DI SINI~  saya follow dari sini during di opis.

#PrayForMH370 al-fatihah.


Thanks for visiting =D 
Ok babai. 




Designed by UMIESUEstudio 2014 : LOVE RAZILA