Thursday, April 3, 2014

Muzium & Makam Raja Melewar...

Sambungan dari SINI.
Day- 2 in Rembau, pepagi lepas sarapan kami bertolak ke tempat yang dijanjikan... Muzium Replika Raja Melewar.  Muzium ni terletak di Negeri Sembilan, somewhere in Rembau kot, tapi dari rumah Alang dalam 17km je so around 14minute kami sampai ke sana by WAZE yang tunjuk jalan... Syukurlah ada Waze yang banyak membantu, walau pon kekadang dia biol jugak tapi memang banyak berjasa tu.
#TQ pada yang bijak pandai membuat progarm waze ini =p , anda memang hebat!

Selfie sat eh... nak melapor ke Mr R. 
Eh..Anak x cukup sorang lagi dek terlindung di sebalik Irfan =p

Ok...My anak dara... so sleepy yer nak yer...

Alhamdulillah... sampai kami di sini =) 
Kalau datang dari Rembau, uols akan jumpa makam dulu baru Muzium ni tapi kalau dari Kota, korang jumpa tempat ni dulu baru jumpa makam.

Ni ringkasan cerita pasal Batu Bertikam n Batu Timbang/Batu Kasur.
Sejarah yang perlu diketahui oleh rakyat Malaysia macam saya =P

Ni replika batu Bertikam...
Sejarahnya adalah di mana something yang sharp like keris macam tu ditikam di batu ni sehingga meninggalkan kesan lubang tikaman tanda perdamaian 2pihak yang berkelahi.
*Tu, junior arkiology sedang cek tapak..kukuh ke dok. Hihihihi* 

Ni pula replika batu Timbang...
Sejarahnya...ada a few anak raja yang sebelum ditabalkan menjadi raja kene berbaring & tidur di atas batu ni...Hello...bukan sekadar batu ni je tau.... batu ni pula di alas oleh miang rebung n daun ape tah...yang sangat gatal bila terkene kulit ye. - Maaf saya terlupa nama daun tu =(
Then beberapa orang yang mengaku anak raja cuba berbaring di batu ni tetapi memasing gagal...x tahan kerana gatal yang teramat cuma Raja Melewar saja yang berjaya dalam ujian ni... =)
Rupa camne daun yang gatal tu ... korang tengok kat area rumah tu ada macam box putih yang tengah tu... itulah pokok yang berdaun gatal tu..box tu actually remind yang daun tu gatal, do not touch ;p

Main entrance...
*welcome to Muzium Rembau - Replika Istana Raja Melewar*

Ni adalah replika pelamin zaman dulu kala.

Ni pula Adat Berkodin.
Pasal adat berkodin ni uols boleh baca di SINI dan juga di SINI.
Adat ni agak mistik juga bagi kami yang 1st time dengar yer...
Kalau ikut abang yang jadi penterjemah...*aceceh, penterjemah bagai* yerlah...I mane reti adat2 orang neg 9 ni...cakap negeri pon hujung2 lidah je reti. HEHHEHE.
Antara bahan2 yang digunakan semasa adat berkodin ni adalah darah ayam, beras kunyit & daun sirih kalau x silap (maaf kalau salah nama daun).  Ada juga I tanya, what for darah ayam tu.. abang tu pon x pasti pasal darah ayam tu. Huhuhu sebab dia cakap...sekarang ni dia orang dah x guna adat ni.
My bujang sedang berimaginasi yer, Hehehhe pastu tanya soklan macam2 ...lap peluh mak nak menjawap =P

Ni pula tempat adat pepatih bersidang...

Ni pula replika pokok merbau ... asal nama Rembau adalah dari pokok ni.
Dikatakan pokok ni amat besar dan tinggi hingga mencecah awan, bila mana pokok ni ditebang, hujung pokok ni jatuh di satu kawasan sg dan tempat tu telah dinamakan Sg Ujung.
Pangkal pokok ni dikatakan mampu memuatkan 32orang dewasa duduk diperdu pokok ini.
Tapak pokok ni boleh ditemui di kawasan dalam kebun sawit berdekatan gunung Dato.

Ni pula lakaran wajah Raja Melewar...hensem tak???
Ada misai melentik =)

Yang ni pula replika tempat bersidang / bertemu dengan pembesar2 Raja Melewar.

Pintu kayu berukir ni berusia 100tahun yer...halus je ukiran dia. 
Abang yang bawa kami melawat dalam muzium ni cakap...ni hasil pemberian dari orang2 kg bilamana rumah lama ingin dirobohkan maka pintu ini diberi untuk rujukan di masa hadapan.
*Pintu ni memang sengaja dibuat rendah ye supaya sesiapa yang melaluinya kene menunduk sedikit dan ia dianggap menghormati tuan rumah tapi kannnnnnn... I is memang sedia maklum rendah so lalu tu lepas sesaja. Hahahha, ops! I hormat tuan rumah juga =P so feeling tinggi makanya kite tundukkan sedikit kepala dengan harapan x terhatuk. Hohohoho.

Almari solek ni pula berusia 50 tahun... yang ni hasil sumbangan abang tadi. Nampak x pemegang laci tu macam kulit siput...dulu my mum pon ade tapi dah dibakar. Hehehhe.

Ok...palu gong sikit... (^_^)

Ni pula kawasan bawah muzium tu ye... ada a few barang lama. Irfan dengan Aryan je yang gi tengok.... I is bizi with Iman =D

*Masuk muzium sila tanggalkan kasut ye =)
Entrance Fee is FREE

Ni kawasan sekitar laman depan muzium...

Muzium , eh terlindungdi sebalik pokok kepala pula. 

Tadaa... ni lah rupa Replika Istana Raja Melewar merangkap Muzium Raja Melewar.
Sebelah kiri gambar ni ada padang rumput yang agak besar...

Signboard untuk ke makam...

Fakta of Makam Raja Melewar.

Ape simbolik di sebalik keris eh??
(wa puchetau) Hehehehe

Ni lah Makam Raja Melewar...
Yang parring tu makam Raja Melewar & permaisuri, yang jauh sikit nun tu is penglima dia.
Kalau ikut kata abang yang jaga muzium tu, kain putih tu selalu bertukar,,,sape yang tukar x taulah but most of it pengunjunglah yang tukarkan kain putih tu. 

Makam tu dalam tepi kebun getah so uols boleh parking kat area sini or sisi jalan untuk visit makam.
Kawasan makam tu boleh masuk sebab x bermangga, sekadar berpagar saja.

Ok...nanti sambung entry pasal next pitstop #ZooMelaka - tunggu I senang yer...
Hohoho, banyak gambo tu kat sana... Hemm


Thanks for visiting =D
 Ok babai.



 **Myracles Beauty - 1set RM170.00, Spray MB 1botol RM120.00, 3botol -RM260.00.FREE POSTAGE **TMS procduct is ready stock.

No comments:

Post a Comment

Sunway lagoon Promo guys!!!

Assalamualaikum!  #hotpromofromGrtravelguys 🥳GR CRAZY PROMO🤯 🎢 SUNWAY LAGOON🏊‍♂️ 🐅 COMBO - WILDLIFE PARK + 5 THEME PARK 🏄🏻‍♀️ =======...

Followers