Translate

Wednesday, January 14, 2015

Berita yang mengejutkan >,<..

Assalamualaikum!
  Haih, meh story pasal anak buah pula...
Hari yang sama kejadiannya time aku balik from Kuching.
Aku touch down dalam sekitar jam 8.50pm, by 9pm tu aku dah siap2 kat arrival hall, tunggu sang arjuna beta datang jemput ^_~. (kangen sama sang arjuna).

Dalam excited nak jumpa sang arjuna tu tup2 dapat call dari adik.. agak pelik tapi aku angkat gak ler kan... dia tanya... eh orang nak bagitau ayong ni, shami x-siden.
Ha?? x-siden?? kat mana? bila?? langgar ape??teruk ke??
Orang x taulah...orang pon tunggu berita dari abah ni, Ain dengan abah kat hospital Tg ni tengok shami. koma katanya... xsedar pastu patah kaki.
hah?? koma. teruk tu...(sambil2 bebel2 bab naik motor segala ni kan..)

Malam tu gak doktor transfer dari Hospital Tg ke Hospital Sg Buloh.
Esok petang nya lepas kerja terus zasss ke Hsopital Sg Buloh.
Semua kes anak2 bawah umur bawa motor x-siden. Semua kes dari Hspital Tg =)
 Zaman sekarangkan... budak2 lagi suka sana sini naik motor walaupon tau bahaya motor dipandu tanpa helmet sebab kawasan kg =(
Kite dulu, rempit naik basikal je. HEHEHE rempit dengan kawan sekelas sebab rumah kami sebelah-sebelah je tapi yer arr, rempit2 pompuan ni mana nak laju sangat sebab takur jatuh HIKHIKHIK.

Masih mamai...

My sis in law
 Aku sampai, tgk2 ada sepupu with my brother and he wife dah ada melawat..oklah kan, kesian budak sorang ni...eee kalau ikut hati rasa nak tenyeh2 je tapi yer arr, dia kene pon otw nak gi rumah my mum a.k.a nenek dia. Hmm so kat peha tu dah masuk besi pon, now masih MC lagi...lom sekolah.
Ni lah kalau ada anak bujang, yang kalau ada anak dara lain pula kesahnya =)
*stop cerita x-seden*

Ni pula sedikit bingkisan cerita anak2 ku yang bercuti di kg totally kat kg, cuma a few days je dia orang ikut ke Melaka itu ponnnn kene paksa baru nak ikut boleh??
Kemain kan.. seronok ler tu duduk kg sebab boleh main beskal kat dalam rumah nenek pastu kongker tv tengok katon dari pagi sampai malam. Aduhai anak..
 
Muka ceria.
 Bayangkan...baju buruk ni depa dok pergi rumah kenduri rumah arwah Mak Long kg. Aduhai.. dah xder baju cantik ke nak pakai nak oit..orang tu dah ler buat kenduri arwah. =( (Malu  mak tau!)

Lepas kenduri, sebelum balik rumah nenek semula
 Menjakun anak2 ku tengok my kezen main gasing ^_^

Lat a few days dapat pula berita yang jari abah aku pula hampir terputus kene parang. Aduhai! satu2 kesah terkejut aku dapat.  Sib baik kejadian tu time adik aku ada kat kg...kalau x...abah menang x ke hospital ler tuh.

Ni pon kene paksa ke hospital...kalau ikut abah x nak langsung pi sepital, malas katanya.
Hmm tulah, degil gak tu ...dia je nak betul.  Adik aku drive abah ke emergency so jari tu berjahitlah...kata adik aku, depa cari tulang jari tu x jumpa...lololo, scary hokey.
Mak dengan abah saya ^_^
 Molek sangatlah kan...dedua kaki berbalut. HAHAHA, sehati sejiwa gitu (^_~)

 Thanks for visiting =D
 Ok babai.
Designed by UMIESUEstudio 2014 : LOVE RAZILA