Translate

Friday, February 13, 2015

Salam Terakhir... Al Fatihah!

Assalamualaikum! 

Image result for tuan guru nik aziz 
<>

Hari ini seluruh rakyat Negeri Kelantan dan seluruh rakyat Malaysia am bersedih dan berdukacita atas kehilangan tokoh pemimpin ugama tersohor di abad ini. 
Saya bukan fanatik pada politik tapi saya lebih memandang kepada pembawakan pimpinan TGNA ini.

Secara amnya pada pandangan saya yang cetek ilmu ni, saya suka kepimpinan arwah sebab zuhudnya kepada Allah zuhud yang seikhlas hati sebagai hamba yang kerdil bukan seperti segelintir pemimpin lain yang mana ibadahnya untuk dipertontonkan di khalayak ramai.

Selepas TGNA mengundur diri dari lapangan politik, saya tertanya...ape khabar TGNA sekarang sebab agak jarang kite dapat melihat beliau di dalam kaca tv seperti sebelumnya.  Last saya dapat berita yang arwah TGNA menderita penyakit kanser then hari ini kite semua dikejutkan dengan berita perginya TGNA menyambut seruan Ilahi.

Kepada mereka yang sempat bertemu dan berkenalan dengan arwah, anda cukup beruntung sebab orang kata, bila kite dekat or berhampiran dengan insan beraura positif, insyaallah aura tu pon kite dapat rasa maybe boleh menjadi pegang dalam kehidupan ini.

Sukarnya dapat melihat dan memiliki pemimpin berjiwa rakyat dan hidupnya lebih berlandaskan hukum Islam berbanding hukum duniawi.
Semoga selepas ini ada sambungan legacy of arwah Nik Aziz dari sudut kepimpinan berlandaskan ugama Islam.

Al-fatihah, semoga Allah mengampunkan segala dosa2 yang terdahulu di sepanjang hayatnya arwah Tuan Guru Nik Aziz, Amin!!

<>
Gonna miss you the soft face TGNA.

Al-fatihah, untuk pembaca berita suka Datuk Hasbullah juga =,=
2 kehilangan tokoh besar oleh rakyat Malaysia.

**semoga peninggalan Masjid Pulau Melaka yang dibina oleh TGNA akan digunakan sebaik mungkin, insyaallah.


Thanks for visiting -,-
Ok babai.
Designed by UMIESUEstudio 2014 : LOVE RAZILA