Translate

Wednesday, March 30, 2016

||Resepi - Agar2 Milo Oreo||

Assalamualaikum! 

hai korang!!
Hari ni nak share resepi Agar2 MILO OREO yang simple lagi mudah pastu buat kompom menjadik.
Sedap makan time sejuk di kala cuaca panas denting kat luar tu.

Ok, jom masuk dapur =p


Resepi agar2 MILO OREO ye...
Bahan-bahannya:
~10gram serbuk agar2 (korang beli yang dlm paket warna kuning tu-flavour CLEAR)
~750ml air
~150g gula (korang boleh kurangkan kalau x mau manis)
~1 tin susu cair (400ml)
~3/4 cawan MILO (saya bubuh 1 cawan senang nak sukat ^_^)
~1 bungkus OREO (135g) - patahkan 2 bahagian (ni aku x bubuh sebab anak2 dah marathon perabih oreo awal2 lagi =P ) 

Cara-caranya:
Masak serbuk agar2 dan air hingga larut tapi aku derhaka resepi aku bubuh sekali gula so satu kali larut utk 3 bahan ^_^
Masukkan susu cair and kacau hingga sebati sampai mendidih.
Matikan api, pastu bahagi kepada 2 bahagian.
Satu bahagian campur milo, kacau hingga sebati (yang ni saya letak dalam periuk masak tadi sebab senang nak reheat bila dia sejuk berketul)
Masukkan 1 bahagian milo dalam acuan utk dibekukan (saya guna 1 senduk each bahan)
Bila milo tadi dah beku sikit baru masukkan bahagian putih tadi and susun siap2 oreo yang dah patah2 tadi then biarkan sejuk seketika then lapiskan dengan milo semula...ulang sampai habis bahan2 tadi.
Buat agar2 ni kene banyak sabar ye sebab nak menanti agar2 keras each lapisan tu yang take time sikit, kalau x keras bila uols masukkan lapis berikutnya dia akan bercampur so jadi x menarik gitu.
Dah habis semua tu...uols masukkan dalam peti ais then boleh hidang utk keluarga tersayang.

Simplekan....
Aku buat with the kids memang seronok masing2 membantu...kemahin masing2 feeling as a chef =)

#resepiorangbujang
#Resepisimple

 Selamat mencuba.

Thanks for visiting =D Ok babai.

Tuesday, March 29, 2016

||Batman Vs Superman||-#12

Assalamualaikum! 
Triller filem ni...


Siapa dah tengok???
Saya dah tengok dah tapi sorang2 je. HUHUHU si anak bujang ajak tengok tapi belum berkesempatan nak menonton bersama =)

Review pasal filem ni:
Emm x berapa paham sangat sebab terlewat masuk 5 minit pertama so masuk je dah macam blur jadinya sebab x tau what happen between batman dgn superman yang dok berdendam each other.

Lepas tu cer korang bayangkan, 2 hero duduk dalam tempat yang sama so agak2 korang nak minta tolong kat superman ke batman ke???

Lepas tu kan...depa ni dok lah asyik berlawan each other sampai nak berbunuhan tapi kan end off story kan ada pula bantuan dari pihak ke-3 so... kalau nak tau siapa korang boleh pi tengok tau.

Overall, ok je kalau santai2 nak pi tengok filem ni.
Tetiba aku rasa superman lagi kuat dari batman. HAHAHAHA.




Thanks for visiting =D Ok babai.

Friday, March 25, 2016

Sg Congkak Dalam Kenangan!!!

Assalamualaikum! 

Awal minggu pertama bulan Mar tadi kami berkesempatan join gathering family once of member in out company.  Kami port luck but for my family dah lebih kepada kami tukang makan...ngeee

So .. kami beli jugalah bahan2 kering as kudap2an. untuk semua.
Then cari punya cari sib baiklah internet ok so senang pakai WAZE je ke mana2 .
Dan lewat petang itu makanya kami pon sampai...
 Suasana chalet yang tersedia untuk kami inapi...


 Ewah!!! anak dara mummy ni, kemahin dia kan berposing....


 All bujang dah selamat terjun tiruk mauk air dah, x sempat nak pesan ape2 memasing laju je....

Air pula...masyaallah sejuk sungguh heh.

 Anak dara mummy....steady je nak terjun sg masih sempat posing....


 The Aryan, sempat pi jauh main air....

 Berkubang ler korang....

 Lencun dah memasing =p

 Bola tampar di dalam sg pon jadik!!


Gigih anak dara ku.


 Ini pula port makan2 kami...

 Bibik baru ni... KIKIKI


 our room.

Dan malam tu sebelum tidor, ada acara potong kek untuk mereka yang sambung birthday.

Pengalaman mandi sg???
Syioklah untuk anak2 aku yang rare je aku bawa pi masuk port2 macam ni, bukan ape...nak menjaga the 3 orang budak tu sendirian memang nangislah.

Ape pon the kids really enjoy tha holiday kat sg...
walaupon takut2 kes penyakit kencing tikus tapi alhamdulillah memang syukur selamat.


Thanks for visiting =D Ok babai.

Thursday, March 24, 2016

||London Has Fallen - kali ke 2||-#11

Assalamualaikum!
Date : 10032016


Next day layan filem yang sama pula dengan pakwe ...HEHEHE
As usual...filem ni tidak menghampakan, memang saya suka tengok serang hendap yang dijalankan oleh penjenayah... sesuatu yang tidak disangkak.

How depa survival utk mengelakkan daripada kene tangkap penjenayah yang korang x tahu dia tu polis ke penjenayah ke...

Macam mana askar mereka sanggup berkorban untuk their president etc,
kalau korang berkesempatan ..pi lah tengok.  Memang berbaloi lah...


Thanks for visiting =D Ok babai.

Wednesday, March 23, 2016

||London Has Fallen||-#10

Assalamualaikum!

Hai korang!!!
Baru nak mengupdate yang dah lama berlalu... 09032016 sempat layan filem ni.
Best!! unexpected punya serangan hendap memang terbaiklah filem ni.

Dalam masa yang sama merungkai pekerjaan sebagai bodyguard yang melindungi sehabis daya as protector.

Repeats 2x tengok ni.

Thanks for visiting =D Ok babai.

Wednesday, March 9, 2016

Sesuatu yang tak disangka... Alhamdulillah!!

Assalamualaikum!


Msg yang simple and sempoi saya rasa but for me, syukur alhamdulillah paling tidak terungkai rindu pada seorang sahabat yang menghilang, sekurang2nya Allah dah makbulkan doa saya.

Ni retetan dari {kisah ini}.  Alhamdulillah saya happy sangat.  Semoga persahabatan yang terputus sebelum ni akan bertaut kembali. Aamiin.


Thanks for visiting =D Ok babai.

Thursday, March 3, 2016

||ZOOTOPIA|| - #09

Assalamualaikum!


COMEL SANGATttttttttttttttttttt!

Siapa dah tengok filem ni???
Saya with the kids dah tengok dah....
HEHEHE lawak tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii BESSSSSSSSSSTTTTTTTTTTTTTTTTTT.
Sama ranking best dengan hotel transavelnia dulu tu.

Review Filem:
Kisah pasal satu tempat utk semua haiwan boleh duduk bersama, ko singa ke ko tiger ke ko rabbit ke semua pon dalam satu tempat yang sama...
Kisah pasal sorang polis yang bercita2 besar utk berjaya menjadi seorang pegawai polis, berjaya ke tak?? tu korang boleh tengok sendiri k.

Dalam ni ada unsur persahabatan, ada unsur kekeluargaan, unsur humor dan sedikit sedih serta suspen.

Best, korang pi bawa anak2 tengok filem ni.
Today dah start #Boboiboy kan so plan nak pi tengok, si bujang tua dah zikir2 kat telinga ajak tengok katun ni pula, follow by #kungfuPanda on 10 mar pula. Haih, full planning tengok wayang ni =)


Thanks for visiting =D Ok babai.

Wednesday, March 2, 2016

||Gods of Egypt|| - #08

Assalamualaikum!

Ni kisah kami last week, kisah busy suami isteri. KEKEKE
230216 - bawa mertua pi appointment kat hospital serdang
250216 - bawa mertua pi IJN pula so selesai semuanya kite hantar mertua balik kg terus.

Lepas rehat sebentar, kami pon meneruskan perjalanan balik semula ke SB, macam biasa...dah berdua-duaan haruslah main cucuk jarum sikit, tgk mood jiran sebelah ok tak.
KIKIKI

Nampak dia respond balik je, terus laju ajak pi tgk WAYANG!!!
Nampak tak betapa excitednya orang rumah tu pasang jerat aleh2 jerat mengena. HIHIHI

Moh kite layan wayang...

 Sama2 bulat dan kembang bermangkuk2 =P


Dengan mamat ni harus couple seats sebab selesa..kalau couple seats penuh baru ambil seats biasa...

Review Gods of Egypt:

  • kisah perbalahan adik beradik dewa2
  • ada memacam jenis dewa dlm filem ni
  • cerita pasal alah2 cinta sejati siap boleh sampai kat tempat timbang-tara gitu...sape bawa GOLD boleh masuk satu tmpt tu nama altilive ..xde gold masuk neraka. hiiiihihi
  • kisah pasal anak dewa bangkit semula utk berjuang
overall best gak filem ni... filem base on cerita lagenda / epik zaman dulu kala.
Best juga sesekali layan filem macam ni...nampak teknology yang canggih di zaman dulu kala...



Thanks for visiting =D Ok babai.

Tuesday, March 1, 2016

WE NEED SUPPORT!!

Assalamualaikum!

Last Friday, saya dan wakil syarikat sempat ke Pusat Kebajikan Islam Peribadi Mulia bertempat di Kajang, Selangor.

Kebetulan kami melalui area ni makanya kami membuat keputusan untuk singgah bertanya khabar.  Ini adalah pertama kalinya kami sampai di sini.

Lot kedai 3 tingkat diubah menjadi kediaman dan sekolah tadika untuk anak2 yatim dan asnaf miskin ini.  Sewaktu kami sampai, hampir keseluruhan penghuni pusat ini masih di sekolah ugama.

Sijil daripada JKM , lesen dari MPK juga ada.
(Kiranya pusat ini adalah sah di sisi undang2 Malaysia)


Di satu sudut ruang rehat anak2 di sini.

Di satu sudut yang berbeza, tersusun kemas beg sekolah anak2 ini... 

 Di tingkat 1, asrama untuk anak2 lelaki.
Anak2 lelaki ni bilangan mereka adalah sedikit berbanding anak2 perempuan.
Alhamdulillah nampak selesa kan... suka saya tengok.

 Sedang dalam pembinaan adalah suau untuk memudahkan anak2 ini berjemaah bila surau ini siap sepenuhnya... 

 Antara penghuni di sini, adik ini khabarnya demam maka, pihak pengurusan minta adik ini berehat di sini sahaja.
Adik ini berusia 7 tahun.

 Ruang buku sekolah untuk simpan buku sekolah... setiap ruang ada nama pemiliknya.
kemas rapi kan...

 Pandainya mereka berdikari, kadang2 terpikir saya...mereka ni lenih pandai berdikari berbanding dengan anak2 saya...rak buku pon x berkemas...kadangkala mak yang tolong susun buku dalam beg =)

 Ini pula ruangan untuk sidai pakaian.
Baju di sini, dicuci menggunakan mesin baruh, setiap floor asrama ada mesin basuh sendiri, pengurus pusat ini yang mencuci dan menyidai pakaian mereka semua, selepas kering anak2 ini yang akan melipat pakaian masing2. 

 Bagi pakaian yang perlu di seterika, pihak pengurus yang akan menguruskannya.
Ini lebih kepada menjaga keselamatan anak2 istimewa ini kerana mereka rata2 berusia di antara 7y dan bawah 12 tahun.

 Jadual iman dan bilal...
Syukur, semoga mereka semua bakal menjadi Imam besar masjid di seluruh dunia. AAmiin.

 Di ruang kecil ini untuk mereka berrehat sambil menonton tv dan juga ruang ini di gunakan utk solat also mengaji Quran  dan sebagainya.

Jom naik ke-2 pula.
Tingkat 2 dikhaskan untuk pelajar perempuan sahaja.
Tingkat ini juga menempatkan kelas tadika untuk anak2 bawah 7tahun, mereka mempunyai cikgu tadika sendiri.
 Time tidor...
Bila tengok anak yang seperti berangan ni terpikir dalam hati, agak2nya ape yang dia pikirkan =(
Seiusly...semua comel.

 Di satu sudut, hasil kerja tangan anak2 istimewa ini...

 Sama di ruangan belakang, ada bahagian menyidai baju dan ada satu sudut menempatkan baju sekolah yang telah siap diseterika.

Tingkat 2 utnuk ruangan pelajar perempuan ini nampak tidak seselesa pelajar lelaki tadi kerana mereka tidor hanya beralaskan toto disebabkan ruang untuk meletak katil tiada.

Tingkat ini sebahagiannya telah diblok dengan almari buku untuk dikhaskan sebagai kelas utk pelajar yang kurang daripada 7y.
Selain itu, bilangan pelajar perempuan juga lebih ramai daripada pelajar lelaki maka mereka membuat keputusan tidor beralaskan toto.


 Pada mereka yang sudi membantu, boleh hubungi no yang tertera ini.
Pn Salmiah.

Pusat ini ditubuhkan oleh mereka yang ingin memberi keselesaan pada anak2 yang kurang bernasib baik, sumber kewangan pusat ini adalah daripada derma2 perseorangan dan beberapa badan korporat serta pusat zakat jika tidak silap saya.

Pusat ini memerlukan sumbangan berupa makanan basah dan kering serta kewangan untuk menampung perbelanjaan anak2 istimewa ini.

 Sempat menyantuni di antara pegawai yang bertugas menjaga anak2 ini 24jam.
Beliau memang menetap di pusat ini so kalau uols nak mai anytime pon boleh insyaallah, ada wakil dari pihak pengurusan pusat ini.

Mengikut maklumat yang beliau maklumkan, setiap hari mereka memerlukan 10kg beras untuk anak2 ini, belum termasuk barang2 makan yang lain.  Saya syorkan mana2 yang rezeki lebih nak bersedekah, bolehlah hulurkan ke pusat jagaan ini... terima kasih atas perhatian korang semua =)


Salam sayang untuk semua ^_^
Thanks for visiting =D Ok babai.
Designed by UMIESUEstudio 2014 : LOVE RAZILA