Friday, March 22, 2019

Allergic !!

Assalamualaikum!


 In our family, manusia paling bermasalah adalah budak ni.  Eh!! bukan bermasalah disiplin, bukan... masalah dia adalah alergik & banyak benda yang dia tak makan (pick eater) cakap mudahnya.

Dia ni, haih dari pregnant sampai dah tinggi panjang memanglah pelik sikit. Pelik bilamana banyak makanan yang dia tak makan.  Ada makanan bila makan kadang2 make him naik gegata (alergik) so tu lah masalah utama budak ni.

Hari tu dapat call dari no sekolah, I dah naik cuak sebab yerlah no sekolah kot means mesti ada benda yang jadi.  Tetiba dengar suara dia ni minta datang ambil, dagu bengkak katanya... dah lah time tu minggu ujian1 sedang berlangsung so I pon ape lagi kelibutlah pergi ke sekolah dia.  Sampai sekolah, inilah pemandangan yang di hidangkan, dagu rebeh sebelah. HAHAHA

From scheel direct to panel clinic.... dapatlah bekalan ubat.  settle tu terus balik rumah.  Pagi sebelum kejadian memang nampak dia sapu krim gatal kat siku dia ingatkan pagi2 dah kena sarapan dek nyamuk rupanya pagi tu dah start naik gatal kat lengan and siku tapi dia ingatkan once dah sapu ubat oklah...memang ok tang situ tapi dia pi attack dagu pula dah x memasal macam orang suntik botox x berkualiti. HIHIHI

Penyebab alergik??? kami pon x pasti juga sebab yang kali ni maybe sebab telur ayam rasanya but sebelum ni elok je pon a few year makan telur ayam but sebelum tu memang dia alergik makan telur ayam sebab kadang2 mulut n mata pon bengkak together.  Tak paham betul budak sorang ni and syukur juga sebab dia sorang je yang bermasalah macam ni. =D

Nota kaki : for my future daughter in law, my son ni tak makan langsung SEAFOOD except ikan but ikan pon ada selected ikan je dia makan eg ikan Siakap BUT "dia makan bahagian ekor sahaja, badam onward dia tak makan" , dia sejenis manusia suka gila pada sayur kangkong (masak hari2 pon dia ok), faberet gak telur dadar yang garing ye, he love DONUTS and coklat termasuklah kek coklat, suka makan nasi goreng kg pedas.  Ok, I bagi tips sikit2 dulu ya. HEHEHE



Thanks for visiting =D Ok babai.

No comments:

Post a Comment

Sunway lagoon Promo guys!!!

Assalamualaikum!  #hotpromofromGrtravelguys 🥳GR CRAZY PROMO🤯 🎢 SUNWAY LAGOON🏊‍♂️ 🐅 COMBO - WILDLIFE PARK + 5 THEME PARK 🏄🏻‍♀️ =======...

Followers