Translate

Thursday, December 27, 2012

Cuak der !!

Pergh!! pagi tadi...aku cuak sekejap.
Sebab ape tau, sebab polis buat roadblock kat selekoh jalan nak masuk ke main road.
Hai lah pakcik polis ni...pepagi bute ko dah menjalankan tugas yer...

Ceritanyer macam ni.
Ngam2 kat selekoh tu...aku baru turn skit stereng, konon2 nak slow2 masuk ke main road...almaklum arr...main road that time kereta tengah banyak tetiba...aku nampak polis ni...berdiri tengah jalan...sama macam karton kat bawah ni.
Dia berdiri, ngam2 depan & tengah2 kereta aku. Sib baik aku tak langgar dia. Hahaha...very the melampau kan kalau aku langgar dia =)

Bila aku tengok dia suh stop...dalam otak terus berpikir... lesen aku mati tahun 2014, roadtax aku mati 23/05/13 so ape lagi yang aku buat salah ni. Hahhaha... cuak sudah. Hai...aku ni jenjarang sangat ler merasa polis tahan kereta time2 roadblock ni.

Aku nampak mulut dia cakap jalan...bila aku nak start jalan baru dia cakap...motor saja yang jalan. Cis!! i tunggu dengan sabarnyer...dalam 4minit jugak ler aku menanti di dalam kereta sambil mata ku pandang2 polis tu.

Lepas main road clear, barulah polis tu suh aku jalan...hadoi, tak berbaloi aku cuak pepagi buta tau... mencik!!!



Xoxo : LoveRazila
Designed by UMIESUEstudio 2014 : LOVE RAZILA