Translate

Sunday, March 9, 2014

Perginya seorang Bidadari Syurga T_T

3 Hari lepas, aku dikejutkan dengan berita yang menyedihkan.
Pemergian anakanda tersayang rakan ku di HUKM.
 Berita yang ku terima sekitar jam 8.30pagi pada khamis yang lalu.
Rakan ku menyatakan anaknya telah pergi sekitar jam 2pagi hari yang sama.

Dugaan pada rakan ku... rakan yang ku kenal sekian lama, bermula kami kenal sewaktu sama2 mencari pekerja...kemudian terpisah semula pabila masing2 memulakan kerjaya, bertemu sekejap sewaktu menghadiri perkahwinannya di Perak dan terus terpisah di alam nyata dek kerana kesibukan masing2 tetapi kami masih berhubung melalui Facebook.

Hari Ahad yang lalu tetiba terima msg di FB menyatakan anaknya koma.
Terkejut bila baca, tanya gak...napa koma??
Kanser katanya.
Dok tanya Mr R...ajak dia ke HUKM since dah tau koma kan...Mr R pula x free so plan nak ke HUKM next daynya Isnin, tapi x masuk opis pula makannya, petang Selasa yang lalu aku ke sana.
Alhamdulillah...berkesempatan meluangkan masa selama 2jam.

Dari cerita si ibu, cancer saraf ni dia detact since last year... dalam bukan Jun macam tu. Itu pon sebab ada tanda demam berpanjangan semalam 3bulan.
Dari situ ada nampak bengkak di kepala bahagian kanan...membawa tekanan di mata arwah pastu kembali pulih di kala hari raya aidilfitri.

Arwah dah selamat menghabiskan kimo sebanyak 11 sesi... she getting better then awal bualan Feb yang lalu telah selamat menjalani pembedahan membuang kanser di bahagian perut.
Recovery very well cuma hujung bulan Feb yang lalu dia kelihatan lemah...dan bermulalah episod duka bagi si ibu tadi.

Berhadapan dengan situasi anak yang kanser stage 4 kemudian masuk fasa kritikal sehingga doktor berserah kerana tidak dapat membantu lagi disebabkan kanser tadi telah menyerang bahagian otak arwah.
Betapa besar dugaan family ini...sungguh, menangis aku mendengarkannya...berusaha tabah tapi aku x mampu nak menampung airmata...sebab aku juga seorang ibu punya anak yang hampir sebaya dengan arwah.

Bulan Mar ni, arwah bakal menjangkau usia 3tahun.  Takdirnya..dia telah pergi baut selama-lamanya...yang tinggal hanyalah kenangan manis yang pernah dilalui bersama-sama suatu ketika dahulu.
Sewaktu ku melawat arwah...tenang saja wajahnya... dalam keadaan tidur yang maha lena...sesekali kelihatan mulut arwah cuba menahan air liur yang ingin mengalir keluar dari mulutnya, dan seketika yang lain...kelihatan arwah meregangkan / meluruskan kakinya... si ibu berkata, dia lengguhlah tu.

Aku x pasti ape yang dimasudkan koma sedangkan anak tersebut kadang kala kelihatan mengerakkan kaki dan bibir nya tanya bantuan. Mungkin istilah koma itu adalah bila mana si anak tidak lagi membuka mata dan tiada hilai tawa serta tiada respond bila kite memanggilnya.

Sebelum pulang, sempat lagi ku cium dahi anak kecil itu sambil ku bisikkan...semoga lekas sembuh ye sayang... ibu, ayah & kakak menanti sayang tu.. bergenang airmata...ku tahan jua dari jatuh berderai.
Ku sentuh tangan kecil yang hangat itu sambil ku titipkan semangat ku untuk dia berjuang melawat penyakit.  walau ku tahu semua itu mustahil untuk kembali sempurna seperti sebelum ini tapi siapa tahu...Kuasa Allah tiada siapa dapat menduga.  

Dan takdir Ilahi itu telah tersurat... pergi jua si kecil itu sebagai bidadari syuga.
Tenanglah engkau di sana wahai bidadari syurga, walau pon sempat mengenali mu sewaktu terlantar di katil tanpa suara dan respond... tapi aunty amat bersyukur sempat berjumpa sebelum kami di jemput yang Maha Esa.
Semoga arwah Tia Addawiyah tenang di sana.
Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada keluarga yang ditinggalkan di dunia ni supaya tabah n redha atas pemergian bidadari syurga itu.

Al-Fatihah.



Thanks for visiting =D
 Ok babai. 
Designed by UMIESUEstudio 2014 : LOVE RAZILA