Translate

Wednesday, April 9, 2014

Bubur Sumsum in the house =)

Hai kawan2...
Just little update gitu. Hari ni nak update pasal resepi / aktivity memasak yer.
Haih, kalau dengan I memang yang simple jelah kan...nak yang havoc2 punya resepi pastu nak memasak memang x ler kan...
Hari ni I belajar memasak bubur sumsum.
Sumber resepi daripada DAMAI QALBU...memang best sebab menjadi tau.
Macam nilah tekak orang berpuasa...semua benda pon sedapppp.
Orait...moh kite memasak.

Bahan-bahannya:
2 cawan tepung beras
1 1/2 liter santan (dari sebiji kelapa) - I pakai santan serbuk =)
1 1/2 sudu teh garam
2helai daun pandan - i x pakai sebab x de stock di rumah.
* so kurang wangi lor xde daun pandan.

Cara-caranya:
- Satukan semua bahan2 di atas di dalam periuk dan kacau rata.
- Masak bahan2 tadi atas api yang sederhana.... kene kacau selalu sampai bancuhan menjadi likat and meletup2 macam dalam gambo di bawah ni.
- Matikan api...cepat2 bubuh dalam bekas yang korang... dia cepat sejuk ni.
- Hidang bersama air gula merah or air gula putih...

Mai adunan yang hampir nak masak.
Dari cair ke likat macam ni cepat hokey, x dan 15minit macam tu tup2 rasa berat je nak kacau. Hehehe.

Bahan-bahan air gula merah:
1 cawan gula merah.... aku pakai gula melaka so ambil seketul cukup
2 sudu besar gula pasir
800 ml air
2 helai daun pandan untuk mewangikan air gula / sirap ni.

Cara-caranya:
- satukan semua bahan tadi and dimasak hingga mendidih / gula melaka tu cair keseluruhannya.
- Tapiskan.

My gula melaka...kebetulan ada dalam peti ais, berguna gak ni.
HEHEHEHHE

Proses mencairkan / memasak gula melaka / sirap.

Tada...siap dah.

Ops! ni dah makan baru teringat nak snap =)

Sedap..sesuai dimakan sebagai desert or hi-tea untuk family tersayang.
For my case...bahan2 di atas saya bahagi 2 sebab yang makan bubur ni saya je...yang lain x gemar so masak sikit cukupla buat lepas rasa ditekak ku ini.

Selamat mencuba korang!. Haip!! don't malas2 ye.

Thanks for visiting =D 
Ok babai. 




 **Myracles Beauty - 1set RM170.00, Spray MB 1botol RM120.00, 3botol -RM260.00.FREE POSTAGE **TMS procduct is ready stock.
Designed by UMIESUEstudio 2014 : LOVE RAZILA