Thursday, September 22, 2016

||SECRET LIFE OF PETS||-#31

Assalamualaikum! 

Image result for secret life of pets

Hello koranng!!!
Meh2 nak share ni...filem ni BEST!!
Tapi, saya pon belum bawa kanak2 menonton filem ni lagi due kerja yang bertepek2 and program hujung minggu yang padat.
Soon, will bring them tengok filem ni.

REVIEW FILEM:
  • Kelakar, lawak, karektor semua cute sangat sampai rasa geramnyer tgk depa ni.  HEHEHE
  • Nama pon pets kan...so ada yang bela kucing, ada dogs, ada bird adaikan dll
  • Mengisahkan perjalanan pets ni mencari kawanyer yang tersesat di kota metropolitan bila mana tuannyer membawa kawan baru (pets juga) ke rumahnyer. .. jelez letuw.
Ape pon korang digalakkan bawalah anak2 bersama...memang best.
HEHEHE

**Esok OS ke Utara..ape nak buat kat sana eh?? HMM hope so x boring.

Thanks for visiting =D Ok babai.

Wednesday, September 21, 2016

||BEN-HUR||-#30

Assalamualaikum!

Image result for ben hur

Hari ni nak share pasal filem ni pula...
Cuti sekolah, the kids semua balik kg so mummy daddy ada masa terluang kami pi tengok bersama.
Baru rasa syiokkk wow!!!
HEHEHE, biasa layan movie alone now berduet gitu,

REVIEW FILEM:

  • filem yang korang kene FOCUS tgk dari mula sampai hujung kalau korang miss part awal tu mesti korang akan jadi kompius pasal 2 beradik ni...
  • overall kisah pasal perlumbaan kuda ni... perlumbaan untuk golongan bangsawan...berpangkat tapi dalam masa yang sama mampu menaikkan mertabat bila mana rakyat mehran memenangi perlumbaan ini.
  • Dalam filem ini terselit suka-duka kehidupan adik dan abang, semangat kekeluargaan yang tinggi, kasih sayang yang iklas, pembelotan dan pengkhianatan...
  • PALING sedih since last after the race over.... korang patut tgk cuma, filem ni stright 18 tau.
Ape pon...enjoy.
** Lama betul tak share kehidupan seharian kan...later on kalau rajin n sempat kite update sikit gambar2 sekitar raya puasa dan lain2 k... HIKHIKHIK orang nak raya kismes dah, awak baru hegeh nak up pasal raya puasa, HEHEHE



 Thanks for visiting =D Ok babai.

Tuesday, September 20, 2016

||THE MECHANIC||-#29

Assalamualaikum!

Image result for the mechanic movie

Wehoo, saya dah tgk cerita ni...
Menarik!!!

Ape yang menarik?? Of coz ler pemandangan dalam filem ni...Memang superb awesome.
Depa berlakon kat Thailand hokey.

Review Filem:
~jalan cerita macam x berapa logik tapi bolehlah...
~filem pasal pembunuhan yang terpaksa dia buat utk melepaskan makwe dia...
~yang penting...pakwe I berlakon hokey.

Happy sharing uolz

Thanks for visiting =D Ok babai.

Friday, September 2, 2016

||THE BFG||-#28

Assalamualaikum!

Image result for the bfg 2016

Cuti hari Merdeka....
Selamat hari merdeka semuanya...lambat naww  nak wish kat sini..maklum ler... berbulan sekalu masuk blog memang mcm ni lah gayanya ^_^

Cuti hari Merdeka yang indah...Mr .R pon xde OS so makanya...let's buli dia. HEHEHE he always xde kenn..kalau outing tu memanjang saja kami 4beranak so it's time for family ye.

Syukur, sekurang2 masih ada ruang masa utk family walaupon utk a few hours together.

He say... tengok wayang jom...
Wah!!! buntang biji mata I dengar...melting terus. HAHAHA
terus rikki2 filem...2 filem nampak best TAPI...18p pulak =(

so end story..kami pilih filem ni...
BEST!!

Review Filem:
# kisah pasal persahabatan between giant & human
# berunsurkan khayalan n imaginasi yang lawak
# kisah si penangkap mimpi

over all memang best.
Korang kene bawa anak2 korang pi tengok flem ni BUT...hurry up sebab filem ni dah nak end kat wayang.

Happy sharing uolz.
Happy ending story...



Thanks for visiting =D Ok babai.

Friday, August 19, 2016

||NERVE||-#27

Assalamualaikum!

Image result for nerve film

Hehehe baru berkesempatan tengok filem ni....
Haih...sekarang semua sawan dengan POKEMON Go kan... mahap ler... I x minat game tu. KIKIKI so kekira I xdelah taksub dengan latest game semua ni ken....

So berbalik dengan filem yang hujung2 tayangan di pawagam ni...
review Filem :

~ Filem yang bagi I lawak 18SG/SX selamber
~ kisah pasal ketaksuban remaja yang melayan cabaran di dalam hp tanpa kira bahaya/bermoral atau tidak...
~ gigih sahut cabaran semata2 nak menjadi always the best dikalangan pemain.
~ so kalau nak enjoy boleh tengok cerita ni...

Seronok tau!
Cer imaging kalau korang buat 1 cabaran tu korang dapat terus duit dalam ACC after completed task of coz remaja akan menggila bersungguh2 buat kan...so Nerve ni filem pasal benda ni...

Ape kesudahan cerita ni?? Korang kene tengok.
Happy sharing korang ^_~

 Thanks for visiting =D Ok babai.

Wednesday, August 10, 2016

||SUICIDE SQUAD||-#26

Assalamualaikum!

Image result for suicide squad

Saya dah tengok filem ni...
Best untuk yang santai2 tengoklah...
kalau yang jenis pemikir jalan sesebuah filem tu rasanya x sesuai tengok kot sebab filem ni macam ngek2 sikit....

cer bayangkan penjahat2 yang ada dalam negara mereka jadikan depa askar berani mati and fight utk ape2 jenis war yang perlukan askar utk dikorbankan.

dalam filem ni...
misi mereka membunuh hantu / roh zaman purba yang menjelma semula selepas dibuka sebuah patung yang menyimpan roh mereka.

memang rasa unik lah kan sebab penjahat yang dan biasa buat jahat (for me not so jahatlah) tinggal lagi mereka ada kelebihan. ada yang terror menembak so means...instead korang turunkan askar 50 orang but dia sorang boleh handle tembak penjahat yang datang berkoyan2 gitu...

ada yang punya kuasa apilah, terror pakai bomberanglah...ada gak yang like haiwan...
hmm kesimpulannya..korang pi tengoklah.
Oklah for santai2...budak2 macam x sesuai kot sebab ada unsur keganasan + macam sikit lucah terlampau. HIKHIKHIK


 Thanks for visiting =D Ok babai.

Tuesday, July 26, 2016

Risau hati si ibu...

Assalamualaikum!

Ni kisah yang membawa kerunsingan dalam hati seorang mammi.
Mencari tadika untuk meninggalkan si anak dara sendirian di sekolah... Alone tau sebab si abang in next year dah standard 1 so of course kene pi sekolah lain bukan sekolah tadika...

Di bawah adalah antara yang saya dah rikki2 lokasi dan sebahagiannya saya dah dapatkan details kos perbelanjaan sepanjang tahun.


Image result for q-dees

Image result for smart reader
Image result for a star kids alam damai
Image result for pusat asuhan tunas islam
Image result for brainy bunch
Image result for tadika al fath cheras utama
Image result for little caliph
Image result for genius aulad

Also Ana Genius Tadika.
Kebanyakkan logo di atas adalah berada di luar lokasi perumahan saya so how???
stress betullah nak cari yang dekat dengan rumah dan of coz kalau dapat yang terbaiklah kan...

Hajat di hati mencari yang sekolah tu colorful and banyak yang attract my little girl ke sekolah and of coz mencari yang selamat... my little girl rasa selamat sebab tahun ni dia berasa selamat sebab dia tahu si abang ada berada di sekolah yang sama walaupon kelas yang berbeza,

Susah betul hati ni nak buat keputusan utk si anak kesayangan... semoga Allah permudahkan urusan kami dalam mencari yang terbaik di dalam kalangan yang memang dah terbaik (,")

Yang duduk Alam Damai Cheras..biasa anak2 korang tadika kat mana eh??? Cuba share sikit..nak bagi ilham pada mereka yang mencarik...I mencari juga...different location ^_^


Thanks for visiting =D Ok babai.

Sunway lagoon Promo guys!!!

Assalamualaikum!  #hotpromofromGrtravelguys 🥳GR CRAZY PROMO🤯 🎢 SUNWAY LAGOON🏊‍♂️ 🐅 COMBO - WILDLIFE PARK + 5 THEME PARK 🏄🏻‍♀️ =======...

Followers