Translate

Friday, May 4, 2012

Malacca - Part 1

Hello... mood adalah bercuti-cuti Malaysia lagi ni =D
Holiday untuk diri sendiri cum celebrate birthday Irfan di Melaka.
Perjalanan bermula after Solat Jumaat. 
Supir adalah saya selama 3hari 2malam.
Team : Saya, Irfan, Aryan & Mas (trip without Mr R)

Penginapan malam pertama di Melaka - seponser by Mas (Melaka Paradise). Thanks Mas sbb sudi seponser percutian kite ini. Malam ke-2 (kami stay kat homestay di Bukit Katil Damai)... Entry kali ni memang panjang gilla sbb dalam kamera xberapa nk mengancam, banyak juga rupanya gambo yang aku snap. Hai, kalau uols nak tau, saya memangler suke snap foto, sangat suka. Okalah, jom layan foto2 kami di sana...sana...sana....

Situasi di Melaka Paradise... this is apartment tau tp cukup privacy. Stay kat sini on friday night, just ada 2-3 family je yang check-in. Sunyi ko.

Melawat Night Zoo - not bad, pestime koo pergi night zoo. Hehhehe a bit scary sbb xde org lelaki kan so macam2 kene extra pikir =P

Malam tu ada satu aktiviti je. Kami melawat Night Zoo. Walla, memang best arr cuma gelap seyy. Mari pulak bawak budak2 memalam bute masuk zoo, emm kire tawakal sajalah. Lega gak arr lawatan kali ni sbb xder dengar pon bunyi tiger or lion mengaumm...kalau ada, surelah kaki aku org pertama yang ketaq dulu. Hehehhe.

Price adult - RM10 and child is RM5. Kalau nak bawa videocam charge RM10.
Boleh tengok kat sini Night Zoo. Kami naik tram but dia ada port yang boleh turun kalau nk tengok lebih lanjut tapi...aku takut beb, golap-gelita gitu.

Next day, lokasi pertama di pagi hari adalah ke Taman Rama-Rama. Area Ayer Keroh juga. 
Ticket Adult -RM8, Child-RM5, Kamera-RM3, videocamera xingat pulak sbb xbawak =P
Memang best arr Taman Rama-Rama ni sbb luas, bersih and banyak haiwan boleh tengok kat sini. Aku rasa dah macam ala2 mini zoo gitu.

Main entrance...

Among of lizard yang ada. Rasanyer ini kot cicak yang rege ratus ribu tu erk?? Aku xtau sangat pasal ni. tapi adalah dengar2.

Masuk saja... ni yang antara kami jumpa dulu.

Ni gambo spider kat dalam zone awet. Ada butterfly and macam2 seranggalah but aku xdelah nk snap semua pon sbb kejar time nk ke tempat lain pulak. Kat sebelah tu pulak monkey but xsure lotong ker, cipenzi ker. Hehehhe tp yg penting dia cute.


Ni kat bahagian reptalia...memang banyak sepisis ular yang kite boleh jumpa kat sini. Bersih beb, xdaq bau busuk pon. I like... 

Butterfly zone. Best, sgt banyak rama-rama berterbangan siap ada yang cedera terpijak dek manusia yang lalu pon ado. Cantik2 banget ini butterfly. Terkesima sekejap dalam zone ni.

Bergambaran sebagai kenangan sebelum callo ke tempat lain.

Next place is Taman Buaya.
Fees : A-RM10 , C-RM6
Kat sini korang boleh sekali nk mandi-manda sebab ada pool yang besar included mainan kat pool tu but aku xder nak mandi bagai...giler ko nk mandi, baju pon bawak limited pcs. hhehhehe.

Entrance and tiket di tangan.

Ada miniature building2 yang femos-almost arr kat sini, memang jakun kejap tgk miniature ni. Terbaekkk.

Masjid negara, tugu negara, klcc, sepang F1 and KL tower.

Building mahkamah, bangunan merah and rumah tradisional melaka.

 Me with anak2 bergambaran tepi sangkar buaya. 

Bergambaran untuk anak2 riang ni.
   
Kite try naik Train Dinasaur... tiket adalah RM3 each kecuali Aryan. Xbest sbb replika dia memang xmenarik tapi aryan siap nangis2 lagi kat sini. Dino dia seko tu jer...memang arr xbest so korang kalau masuk sini, xyah arr masuk train ni sbb not worth it dengan ape yang korang bayar. Base on experiance aku tau =P tapi kalau korang nk try, why not kan... mana tau uols masuk tetiiba memang best ker. hehehe.

Ni i kat dalam ruangan sangkar burung so burung2 adalah jinak, see see, i x takut pon rapat dengan peacock ni. Best....

Among of senario yang ada ...

 Lepas makan, kami sambung ke Banda Hilir pulak. Lepak kat building merah. Ramai orang gak kat sini, jenuh berkali-kali pusing mencari parking and alhamdulillah finally jumpa. Hoyey. Memula dah cuak dah nk balik sbb xder parking, dan jalan alah2 byk kereta, jem taukk. 

Ayoyo...ada perhimpunan BERSIH 3.0 gak kat sini. Damn u, ku ingatkan lari dr KL jauh dari BERSIH but rupanya kat Melaka mereka buat juga. Base on email dari group yang aku terima on wed, mereka buat dah alah2 seluruh negera daa... sungguh i xpaham. Hehehhe

Bergambaran lagi and lagi...

Dalam best2 melayan gelagat pengunjung yang ada, tup2 dapat idea bawak anak2 naik beca. Hehehhe so bertigalah kami berbeca pusing Banda Hilir.

Fees: Sekali ride RM15, pastu aku tambah skit RM5 utk perjalanan jauh skit. Dia pusing sampai Kota A'Farmosa, Dataran Pahlawan, Menara Taming Sari, Jeti Cruise etc. Kalau korang nk tau, kat tengah2 Banda Hilir tu, ada lebih kurang 10 buah muzium tau but aku sempat masuk Muzium Samudera tu pon yg main Kapal tu, huhuhu very the tak cukup masa ko. Tup2 udah nk malam semula.

Dari bangunan Merah kite berjalan menyusuri waterfront Sg Melaka. Lawat kincir angin lah bagai. Best2.

Sampailah ke Jetty River Cruise Malacca.

Fees: A-RM10, C-RM5 or boleh visit kat sini.
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45min- 1jam. Macam2 pemandangan yang korang boleh nampak, cuma alhamdulillah xder pulak ternampak buaya. Hehehhe.

Bergambaran lagi....

Tu, nampak tak Eye on Melaka... tapi sayangnyer aku xsempat nak naik dek kesuntukan masa, mencikk.... so dapat pandang sajalah dr cruise. Emm maybe rezeki ku di lain kalilah kot. Hehehhe, terasa2 macam nak datang semula ke sini sebab xhabis nk melawat ko.

 Oklah...tired pulak rasanya, kang senang2 aku sambung part 2 pulak yer. Tunggu =P.

Adios amigos...


Xoxo : LoveRazila
Designed by UMIESUEstudio 2014 : LOVE RAZILA