Translate

Monday, October 15, 2012

Sarawak ~ Day 4(25/09/2012)

Hari terakhir di sini adalah nak chilli je kat hotel.
Pagi yang indah...anak2 dah bangun seawal pagi sebab nak swiming.
Haah...macamlah memasing pandai swim, yang penting...semangat tu ada.

Wokeh...kul 6:15am gitu, aku dah call housekeeping utk order breakfast. Malas nak keluar sebab morning adalah aktiviti berenang saja.

Menu for breakfast is:
1. Semangkuk koko kruch with milk
2. Roti prata with dal
3. Nasi lemak with rendang ayam
4. bread with jem and butter
5. Hot tea & oren jus.
Total is RM100.00 - Mahal...tapi mr darling request so layan jelah...

Bangun semua!! Makan...
Makan sampai kenyang pastu tukar baju and terus turun bawah ke aras 2 utk swiming.
Ada gim gak kat sini but kite swim sajalah...nanti anak2 xder yang jaga dalam pool pulak...mak yong xkoser nak turun berenang yer...duduk di tepian untuk baca paper.
Mandilah sepuas hati yer...sampai kecut2 jari pon xper sebab time untuk korang bersuka ria =P
Dah puas mandi?? Moh naik ler ... sambung mandi dalam tab pulak :)

Lepas mandi...aku pulak flat, aku sambung membute sejam dua ... bangun pon ngam2 dalam kul 11.15am gitu. Pack2 saki-baki barang yang ada then terus callow.  Nilah pertama kalinyer aku boleh stay di hotel sampai almost 12pm :)
Biasanya...pepagi bute selepas puas bersarapan, kami terus check-out...nanhado nak tunggu hingga saat2 akhir. Tapi bila kepenatan bermaharaja lela...ginilah jadinya.

Buat terakhir kalinyer melawat ikan emas dalam kolam dia sebelum kite say babai pada Pullman Hotel.
See...2 orang berkongsi stroller. hantamlah labu!.

Mentara nak menunggu flight balik...kite visit dulu Muzium Sarawak.
Ish...saja je nak tengok2 hotel lama kami - Merdeka Palace. Hikhikhik...
Visit muzium sarawak ni FREE ok. So korang masuk sana...macam2 ada.

Lepas Muzium sarawak, kami visit pula muzium ape tah namanya...but area situ gak, ada gambo butterfly kat luarnyer. Hak ni dewasa kene bayar RM4/pax then kanak2 RM1.
Di muzium ni uols boleh lihat fosil.
Fosil yang berusia berjuta tahunnyer... dari pokok udah bertukar menjadi batu :)
Kagum...

Kite lawat pulak akuarium...alah belakang main muzium sarawak je and it's FREE juga. Tempat ni kecik jer...tapi sajakan nak buang masa so jalan slow2 je kat sini. Hehehehhe.

Moh ler kite ke airport...
Sampai dah airport...kite settle check in beg then kite callow pi makan pulak.
Makan kat McD je kali ni sebab mr darling nak makan fun fries. Alah..macam kat KL xdok pula ;P

Sebelum naik flight...bagi anak2 makan ubat batuk sebab batuk mereka dah masuk tahap melampau...geram makincik dengar rasa macam nak tolong korek kat kerongkong tu. Hehehe...

Budak Aryan start buat aktiviti feveret dia dalam flight... makincik and pak-incik tak koser nak layan dah...biokan jeee.
Mak-incik duduk dengan Irfan, pak-incik duduk dengan Aryan.

Half way terbang... intai2 belakang seat, nampaklah dua beranak ni dah tidor rupanya, padanlah rasa senyap je kapal terbang petang ni :P.... hihihi
Eh...tgk tu, aryan siap isap patung Ben10 arr...kelakar padahal susu ada tu...hantamlah anak, asal ko bahagia udah ler...mummy xkoser nak lelebih dah.

Sompek lagi bergambaran di sisi AA...mak-incik je xder gambo as kenangan. Huhuhu xperlah, mak-incik ok je...mak-incik xkesah pon =P

Sekian ceritera pasal trip kali ni. Berjumpa lagi diversi yang lain pulak. Lambat lagi rasanya nak bercuti, tunggulah lepas deliver nanti... =P

Xoxo : LoveRazila
Designed by UMIESUEstudio 2014 : LOVE RAZILA