Translate

Wednesday, March 30, 2016

||Resepi - Agar2 Milo Oreo||

Assalamualaikum! 

hai korang!!
Hari ni nak share resepi Agar2 MILO OREO yang simple lagi mudah pastu buat kompom menjadik.
Sedap makan time sejuk di kala cuaca panas denting kat luar tu.

Ok, jom masuk dapur =p


Resepi agar2 MILO OREO ye...
Bahan-bahannya:
~10gram serbuk agar2 (korang beli yang dlm paket warna kuning tu-flavour CLEAR)
~750ml air
~150g gula (korang boleh kurangkan kalau x mau manis)
~1 tin susu cair (400ml)
~3/4 cawan MILO (saya bubuh 1 cawan senang nak sukat ^_^)
~1 bungkus OREO (135g) - patahkan 2 bahagian (ni aku x bubuh sebab anak2 dah marathon perabih oreo awal2 lagi =P ) 

Cara-caranya:
Masak serbuk agar2 dan air hingga larut tapi aku derhaka resepi aku bubuh sekali gula so satu kali larut utk 3 bahan ^_^
Masukkan susu cair and kacau hingga sebati sampai mendidih.
Matikan api, pastu bahagi kepada 2 bahagian.
Satu bahagian campur milo, kacau hingga sebati (yang ni saya letak dalam periuk masak tadi sebab senang nak reheat bila dia sejuk berketul)
Masukkan 1 bahagian milo dalam acuan utk dibekukan (saya guna 1 senduk each bahan)
Bila milo tadi dah beku sikit baru masukkan bahagian putih tadi and susun siap2 oreo yang dah patah2 tadi then biarkan sejuk seketika then lapiskan dengan milo semula...ulang sampai habis bahan2 tadi.
Buat agar2 ni kene banyak sabar ye sebab nak menanti agar2 keras each lapisan tu yang take time sikit, kalau x keras bila uols masukkan lapis berikutnya dia akan bercampur so jadi x menarik gitu.
Dah habis semua tu...uols masukkan dalam peti ais then boleh hidang utk keluarga tersayang.

Simplekan....
Aku buat with the kids memang seronok masing2 membantu...kemahin masing2 feeling as a chef =)

#resepiorangbujang
#Resepisimple

 Selamat mencuba.

Thanks for visiting =D Ok babai.
Designed by UMIESUEstudio 2014 : LOVE RAZILA