Tuesday, March 1, 2016

WE NEED SUPPORT!!

Assalamualaikum!

Last Friday, saya dan wakil syarikat sempat ke Pusat Kebajikan Islam Peribadi Mulia bertempat di Kajang, Selangor.

Kebetulan kami melalui area ni makanya kami membuat keputusan untuk singgah bertanya khabar.  Ini adalah pertama kalinya kami sampai di sini.

Lot kedai 3 tingkat diubah menjadi kediaman dan sekolah tadika untuk anak2 yatim dan asnaf miskin ini.  Sewaktu kami sampai, hampir keseluruhan penghuni pusat ini masih di sekolah ugama.

Sijil daripada JKM , lesen dari MPK juga ada.
(Kiranya pusat ini adalah sah di sisi undang2 Malaysia)


Di satu sudut ruang rehat anak2 di sini.

Di satu sudut yang berbeza, tersusun kemas beg sekolah anak2 ini... 

 Di tingkat 1, asrama untuk anak2 lelaki.
Anak2 lelaki ni bilangan mereka adalah sedikit berbanding anak2 perempuan.
Alhamdulillah nampak selesa kan... suka saya tengok.

 Sedang dalam pembinaan adalah suau untuk memudahkan anak2 ini berjemaah bila surau ini siap sepenuhnya... 

 Antara penghuni di sini, adik ini khabarnya demam maka, pihak pengurusan minta adik ini berehat di sini sahaja.
Adik ini berusia 7 tahun.

 Ruang buku sekolah untuk simpan buku sekolah... setiap ruang ada nama pemiliknya.
kemas rapi kan...

 Pandainya mereka berdikari, kadang2 terpikir saya...mereka ni lenih pandai berdikari berbanding dengan anak2 saya...rak buku pon x berkemas...kadangkala mak yang tolong susun buku dalam beg =)

 Ini pula ruangan untuk sidai pakaian.
Baju di sini, dicuci menggunakan mesin baruh, setiap floor asrama ada mesin basuh sendiri, pengurus pusat ini yang mencuci dan menyidai pakaian mereka semua, selepas kering anak2 ini yang akan melipat pakaian masing2. 

 Bagi pakaian yang perlu di seterika, pihak pengurus yang akan menguruskannya.
Ini lebih kepada menjaga keselamatan anak2 istimewa ini kerana mereka rata2 berusia di antara 7y dan bawah 12 tahun.

 Jadual iman dan bilal...
Syukur, semoga mereka semua bakal menjadi Imam besar masjid di seluruh dunia. AAmiin.

 Di ruang kecil ini untuk mereka berrehat sambil menonton tv dan juga ruang ini di gunakan utk solat also mengaji Quran  dan sebagainya.

Jom naik ke-2 pula.
Tingkat 2 dikhaskan untuk pelajar perempuan sahaja.
Tingkat ini juga menempatkan kelas tadika untuk anak2 bawah 7tahun, mereka mempunyai cikgu tadika sendiri.
 Time tidor...
Bila tengok anak yang seperti berangan ni terpikir dalam hati, agak2nya ape yang dia pikirkan =(
Seiusly...semua comel.

 Di satu sudut, hasil kerja tangan anak2 istimewa ini...

 Sama di ruangan belakang, ada bahagian menyidai baju dan ada satu sudut menempatkan baju sekolah yang telah siap diseterika.

Tingkat 2 utnuk ruangan pelajar perempuan ini nampak tidak seselesa pelajar lelaki tadi kerana mereka tidor hanya beralaskan toto disebabkan ruang untuk meletak katil tiada.

Tingkat ini sebahagiannya telah diblok dengan almari buku untuk dikhaskan sebagai kelas utk pelajar yang kurang daripada 7y.
Selain itu, bilangan pelajar perempuan juga lebih ramai daripada pelajar lelaki maka mereka membuat keputusan tidor beralaskan toto.


 Pada mereka yang sudi membantu, boleh hubungi no yang tertera ini.
Pn Salmiah.

Pusat ini ditubuhkan oleh mereka yang ingin memberi keselesaan pada anak2 yang kurang bernasib baik, sumber kewangan pusat ini adalah daripada derma2 perseorangan dan beberapa badan korporat serta pusat zakat jika tidak silap saya.

Pusat ini memerlukan sumbangan berupa makanan basah dan kering serta kewangan untuk menampung perbelanjaan anak2 istimewa ini.

 Sempat menyantuni di antara pegawai yang bertugas menjaga anak2 ini 24jam.
Beliau memang menetap di pusat ini so kalau uols nak mai anytime pon boleh insyaallah, ada wakil dari pihak pengurusan pusat ini.

Mengikut maklumat yang beliau maklumkan, setiap hari mereka memerlukan 10kg beras untuk anak2 ini, belum termasuk barang2 makan yang lain.  Saya syorkan mana2 yang rezeki lebih nak bersedekah, bolehlah hulurkan ke pusat jagaan ini... terima kasih atas perhatian korang semua =)


Salam sayang untuk semua ^_^
Thanks for visiting =D Ok babai.

No comments:

Post a Comment

Sunway lagoon Promo guys!!!

Assalamualaikum!  #hotpromofromGrtravelguys 🥳GR CRAZY PROMO🤯 🎢 SUNWAY LAGOON🏊‍♂️ 🐅 COMBO - WILDLIFE PARK + 5 THEME PARK 🏄🏻‍♀️ =======...

Followers