Wednesday, December 16, 2015

Bersunat a.k.a berkhatan!

Assalamualaikum!

Happy holiday uols!!
Korang pi mana bercuti ha??? cer cakap cer sembang.  Tahun ni kami x bercuti.  Nampakkk!!! Tidak bercuti. HIKHIKHIK maybe hujung2 cuti sekolah kot ai try bring my hero2 to holiday.

Al kesah, sedikit kalut melanda.  Plan asalnya kami 2 family nak sunatkan anak2 kat hospital kerajaan, nak dijadikan cerita last minit pula dapat tau budak2 bawah 9-10y hospital x buat sunat, if want depa mai rumah.  Ish! bila pikir balik, takut oii sat lagi anak2 cheq lariq sapa nak kejaq kannnn so last minit gak buat keputusan join UMNO bahagian Tg Karang punya program khatan beramai2.  sorry ye..i bukan orang politik =)

Hari Sabtu nak bersunat hari Khamis sebelumnya baru maklum kat pejabat umno nak join program tu...sib baik lah ada kosong kan. HAHAHA kalau x, ku hantar je memana clinic yang free utk sunat.
Memula plan sorang je, aleh2 tanya si adik...dia nak sunat gak. Kemahin kennn...bukan tau sunat tu ape, aci nak je...abang dpt dia pon nak sama...so kami sekalikan je.

Aryan pula by Rabu tu baru habis final exam dia...orang lain dah cuti senang-lenang dik oit, awok baru habis exam...ciannn.  Kalau ikut buku msg sekolah dia... hari Ahad tu adalah hari ibu bapa, mai sekolah ambil report card so disebabkan Sabtu tu dia potong so ahad tu mak mai sekolah dgn si kenit je.

Jom layan gambar2 kenangan sat...


Berdua RM140, aleh2 depa cakap ada discount RM20 each but boleh start claim monday onward. 

Nampak tak anak2 mak tu???

My darling...ape bikin tu???
Kisah apaknya lagi best... apaknya on Khamis tu dah OS ke Negeri Sembilan...suppose sampai ahad baru balik. Oklah kan...mak ni kan superMAK so momantai, everything mak boleh kawtim punya.  confident gilak kannnn, lepas tu hari Jumaat tu ai is SUPER busy you, ke sana sini sinun, aleh2 by 6pm baru start gerak balik from middle of KL. Korang bayangkan, jumaat tu dah ler hujan pastu jem pula, malam tu gak baru nak gerak balik kg sebab esok nak sunat anak2 kan...

Otw balik dr KL tu my darling WA, macam biasalah, ai kalau senyap-sunyi tu mulalah darling tanya lokasi bagai...risau kan..kot kereta wat hal ke ape.  memain WA tu tetiba dia tanya, nak balik kg bila? Ai cakap, malam ni nak terus blk kg lah...esok takut lewat pula.  Then tetiba Ai pula tanya, U tanya bila nak balik kg tu nape?? nak ikut balik kg ke?? Haaaaa nampak!!! Ai pasang pancing. HAHAHHA
Tetiba dia jawap, haah!...nak ikut balik kg lah, nnt jemput I kat rumah abang din ye. AI was "speechless" sungguh kah darling nak ikut balik kg ni?? so janjilah jam berapa nak sampai bagai.
After then together blk kg but ahad pagi kene send dia balik ke Shah ALam sebab dia nak ke Negeri Sembilan balik.

Dato Sri Noh Omar menepung tawar anak2 rebina tu... seronok memasing kannnnn.


Anak2 mak, haih..korang nak bersunat mak sampai x lalu nak makan tau daq, hilang selera makan terus. HIKHIKHIK punyalah hai mak nebes x ingat.

Tunggu turn nak ambil goodies bag yang mereka provide each peserta.




Cak!!! dapat dah...kemain suka kan memasing, senyum lebo.
Dalam tu ada kain pelikat, biskut2 coklat dgn muffin coklat..pendek kata semua coklat sesaja...hantu coklat tu bertambah suka lah tengok ^_^.


Lupa nak maklum...macam biasa, ada sesi mandi air bomba tu yang anak2 suka bagai x ingat donia.

Lencun sudah memasing kesejukkan.

Naik trektor korang ye...diarak ke tempat sunat berlangsung.
Homestay Haji Omar di Parit 2, Tg Karang.

Muka happy...

Udah sampai lokasi berkhatan, memasing tukar baju dan bersedia utk berkhatan.
Alhamdulillah rezeki kami, anak2 ai dapat no 17 & 19...awal tu tapi habis kat sini pon by 11 kot baru siap semua =)

Ragam anak2 yang tunggu turn nak bersunat.
Senteng kain dek...

Owh!! so kesian muka anak2 mummy...
Sakit memasing...xperlah utk kebaikan korang juga.

Video mandi air bomba ye...layan!



After 2 weeks alhamdulillah, baik dah memasing.  Atok pon dah bawa jalan pi tengok unta katanya..kemian seronok sangatkan...asyik duduk dalam rumah dan finally dapat keluar ikut atok jalan2. HEHEHE.

**Memang ape yang Allah rancangkan tu terbaik buat saya and you know, my darling balik during Sabtu tu very helpful of situation sunat, kalau left me yang handle all memang ai nangislah kan... dengan nak handle my Iman demam panas on Sabtu dengan 2 orang hero bersunat yang sorang senyap sunyi , yang sorang tu dok lah asyik nangis sakit...sakit... ape pon syukur alhamdulillah..semua dah selesai =)**


 Thanks for visiting =D Ok babai.

No comments:

Post a Comment

Sunway lagoon Promo guys!!!

Assalamualaikum!  #hotpromofromGrtravelguys 🥳GR CRAZY PROMO🤯 🎢 SUNWAY LAGOON🏊‍♂️ 🐅 COMBO - WILDLIFE PARK + 5 THEME PARK 🏄🏻‍♀️ =======...

Followers