Translate

Monday, May 7, 2012

Malacca - Part 2

Yeah... cuti-cuti Malaysia yang mengasyikkan...
Melaka oh Melaka, so kite sambung layan gambo2 yang ada =D

Petangnyer kite ke Banda Hilir... lawat Red Building bagai. Detail story rasa2 macam ada dalam Part 1, hehhehe not so rajin as usual untuk tulis panjang lebar. 
Muzium Samudera... dapat lawat 1 muzium je, 2 lagi xdan nak terjah sebab dah lewat petang. So, kenelah datang lagi ke mari kendian hari untuk habiskan misi melawat Muzium Samudera ;D

Fees: RM3

Day-2... pepagi morning kite ke Day Zoo Melaka yer. Melawat haiwan di waktu pagi pulak =D
Gambar adalah xhappening sebab nak kejarkan ke 2-3 tempat lain sebelum cabut balik ke rumah sendiri.
Pergh... penat giler ronda dalam Zoo ni, terasa sangat besar untuk berjalan kaki. 

Fees : RM10(A), RM5(C)

Tempat ke-2, mencari pameran Dinasor kat Dataran pahlawan. Kali ni memang senang je, rezeki kot sbb masuk je parking terus ada parking kosong. Then sesatlah kami di dalam Dataran Pahlawan pula sebab nk cari pameran tu. Sesat punya sesat, eh jumpa pulak CORAL WONDERLAND so masuk sajalah. Syiok jugak masuk sini n maybe lebih best dr yang dekat KLCC tu, cuma dia kecik n siap ada ruang utk feed shark lah...turtle arr. 
Tuh, budak2 yang ke happian nk masuk tgk hidupan marin.

Ada ruangan sentuh2 hidupan laut tau...ada jenis yu yg boleh sentuh, starfish, landak laut, belangkas, siput lah, sotong yg ddk dlm kulit siput lah, kuda laut lah, clown fish juga. Best sesangat tp sbb masuk with kiddos so payah skitlah nk berlama2 memegang menda ni. Rugi tau.

Fees: (A)RM30, (C)RM20, food utk feeding RM10.

Kalau lelama sgt2 rasa berbaloi but bila aku yg kelibut nk kejar ke pameran dinasor, terasa agak mahal sbb xdapat banyak nak collect info kat dalam ni. Ape pon memang best.

Aku feed ikan yu using glave, bagi makan isi ikan n kalau korang perasan gambo ikan2 ni adalah sedang makan makanan yang aku bagi but sedikit kesal sebab tak perasan, rupanyer boleh feed turtle sekali daaa, huaa kesian kat turtle tu berenang slow2 saja. Maafkan kami yer si turtle yang comei.

Dah selepas puas mencari, akhirnya... HOYEY!!! jumpa jugak kau dinasor.
Yeah! hadiah besday untuk Irfan. Welcome to DINOS World.
Bergambaran kat luar pameran.

Yeah...mende ni gerak2 tau, later kalau rajin aku upload video k.

Hai lah darling mummy ni, sudahnyer kat sini yang ko suke bergambar yer Irfan. Besday boy =D

Yeah...dapat bergambaran sekeluarga but daddy je xder kan. Best, happy sesangat.

Fees: A-RM10, C-RM5 and Aryan adalah free.

Later aku upload gambo2 baki yang ado, sebabnyer tenet engpong aku lembab semacam, naper tah. Sawan hari isnin kot. Hehehehe

Daaaa

Xoxo : LoveRazila
Designed by UMIESUEstudio 2014 : LOVE RAZILA