Translate

Monday, February 16, 2015

Duka pagi isnin =(

Assalamualaikum!

Tenung gambar budak ni kejap...

Pagi tadi memanglah menduga lagi kesabaran seorang mak beranak 3.
Satu kepelikkan, anak no 2 ni memang perangainya masyaallah hebat ke?? Anak2 korang macam mana?? sama tak?? ada masanya sampai rasa bermasalah nak mendidik si anak dalam kehidupan seharian...

Pagi tadi kesabaran mak direntap2 dengan perangai jadi2an budak sorang ni, syukurlah setakad ni sorang je perangai macam ni, kalau tambah lagi sorang alamat mak cepat jadi tuo. HIKHIKHIK

Seawal pagi dia dah buat perangai, bila gerak bangun pagi x nak bangun. mak senang je, 5x mak gerak x bangun2 mak pass baton ke apaknya.  Lepas tu masak le ko kene silat kene lipat dek apaknya. Muahaha, mak busy kejarkan anak sulong nak ke sekolah sebab van sampai 6.30 pagi, mak gerak sama rasa sama kasih...5.30-5.45am kene bangun masuk jam 6.16pm mak x nak heran dah. 

Dah bangun tu kenelah nasyid sampai 1 taman dengar suara lunak merdu dia tu...xde irama langsung. kadang2 sambil mandi pon nangis x reda gak tu.  Lantakkan, mak nak cepat kejar masa, x kuasa nak pujuk2 dah. HIHIHI

Selesai hantar si abang naik van, mak siap2 nak ke office pula, dah pesan kat apaknya dia hantar,  Last minute mak gak kene hantar sebab dia nak makn hantar, ok je time masuk kereta tu...dah sampai depan pintu sekolah aleh2 dia x nak masuk sekolah, boley gitu??

Jam menunjukkan jam 7am, owh jalan makin sesak..so dah pujuk punya pujuk x makan SAMAN.  Baik, mak x tunggu lama call apaknya, alamak...apaknya dh lepas simpang tadika.
Apaknya pesan angkat je dia pi masuk kelas. Amboi, dengan kuasa badang...mak angkat gak anak mak tapi lelah gaklahkan sebab budak lelaki taulah kalau merempan camne HIHIHI.

Mak dah bersilat bertaichi beryoga bagai kat situ,KIKIKI x menjadi gak... ambil shortcut leave him alone kat luar pintu sekolah, menangislah budak tu...aku buat x tau...hati kering walaupon melting sebenarnya tengok anak macam tu, x sampai hujung jalan aku buat u-turn saja nak tgk dia pi masuk sekolah x... walaupon sekolah tu kawasan berpagar and ada guard tetap gak risau anak kene colek. HIKHIKHIK...

Saja bawa kereta di dereta parking kereta, amboi...gigih dia terpacak depan pagar sekolah x nak masuk boleh?? aku ingat aku blah macam tu dia takut terus lari masuk. Meleset rupanya. Sudahnya aku pon parking kereta, nak ke dia aleh2 apaknya parking depan dia..apaknya dokong je dia masuk kelas. HAHAHA, nampak tak...bila badang sebenar beraksi ^_^.

Keras hati naw anak ke-2 ni, mak aku cakap..anak aku kurang perhatian dan kasih sayang. Baik..ape dia nak semua aku bagi, kalau time bercakap tu...dia mesti prioriti bagi laporan.
Kalau pasal bergusti rebut barang dia juara gak, sebab mak malas nak dengar gaduh2 ni so suh si abang mengalah kekadang memang kesian dah nak ku apekan, x mau dengar nasihat.

Back to story si anak tadi, hmm dah apaknya dokong, lama gak aku tunggu dalam kereta yer arr apaknya dengan x matikan ejin kereta pastu menonong gitu je settle anak punya hal kot kene rembat kan naya..aku call dia x jawap so soheh dia tinggal hp dalam kereta.

Lama baru nampak anak dengan bapak bersalaman depan pintu sekolah..elok pula cuma bersaki nangis. HUHUHU
Dah gitu, aku gerak le pi office kan...alhamdulillah jalan x jem sangat so sampai awal gak kat office.
Otw ke office kene soal siasat dek apaknya, dia cakap anaknya cakap ada buku x siap kerja rumah. What?? terkejut mak HAHAHA padahal mak salah gak sebab x tengok buku homework dia sebabnya dia dah lama x gi kelas. last week seminggu sehari je dia pi sekolah aku pikir xdelah kerja sekolah bila ku tanya jumaat sabtu tu homework ada tak dia cakap ada tapi dah siap buat kat rumah ibu.

Hari sabtu tu dia siap buat buku latihan yang kat rumah punya so memang aku dengan kompidennya dia dah siap homework sebab dia rajin nak buat buku aktivi rumah yang aku sediakan.
Poor to me, to believe anak macam tu je =(

Now yang jadi masalah pada mak adalah, ngape dia lepas demam last 2 weeks tetiba x nak ke sekolah.
Malam tadi otw balik dari berjalan2 dari OU, aku pon tanya dia.. 
M: Aryan, ngape x suka gi sekolah ye? cuba cakap dengan mummy nape? <>>
last week dia cakap dia ngantuk (oklah sebab malam tu lewat tidor so consider x cukup tidor)
M: Aryan, cuba cakap..nape x suka gi sekolah tu?? (ni suara ok je, xde rasa nak marah pon cuma nak tau ape punca dia x nak ke sekolah...PELIK!)
Tetiba dia start nangis...argh sudah, start drama dah...
(BEST AWARD UTK PELAKON DRAMA/FILEM BERSIRI AIRMATA)
M: Aryan, mummy tanya ni..nape x suka sekolah tu?? Sekolah tu x cukup mahal ke? x cukup hebat ke? sampai x nak sekolah cuba cakap. Ke aryan nak gi sekolah lain???
A: dalam sedu berkata, aryan nak gi sekolah lain x nak sekolah tu.
M: Nape pula? x bagus ke sekolah tu? Aryan nak sekolah mana??
A: Aryan nak sekolah kat sekolah Irfan.
Tepuk dahi mak terus.
M: Aryan, sana sekolah orang besarlah...aryan x cukup umur mana boleh sekolah kat sekolah abang Irfan. Nanti dah cukup umur sekolah ler kat situ.
A: Teacher Wong garang.
M: Teacher garang sebab ape?? Nak kasi aryan pandaikan.. aryan pon notty mestilah teacher garang, mummy lagi garang kan?... tu tgk abang irfan tu, teacher wong garang gak tgk abang irfan bagus, hebat je dalam belajar.
(pastu berterusan drama airmata)
X koserlah mak nak layan karang banjir dalam kereta mak.

**pagi tadi apaknya tanya pon dia cakap dia x nak sekolah situ, dia nak sekolah tmpt irfan, apaknya pon explain masak umur gak, x taulah dia tu paham ke buat2 x paham... =( **

Sekolah Irfan memang ada PRA tapi utk age 6y pastu priority untuk orang susah and anak2 cikgu so memang time irfan dulu 6y dah tanya boleh sekolah PRA dia cakap x over qualification utk kategory pendapatan keluarga.  Aku stress betul.
Sambil memandu dok pikir, ape yang perlu aku buat lagi??
Perlu ke nak tukarkan dia sekolah??? Aduhai, berbelah bagi sebab silibus 5y kat sekolah tu lancarkan bacaan, ejaan and kira2 ... sila deep thinking ye mummy suzy...

Ok nak sambung buat kerja..x boleh fokus kalau pikir pasal anak2 kat office.



 Thanks for visiting =D 
Ok babai.
Designed by UMIESUEstudio 2014 : LOVE RAZILA