Assalamualaikum!
Musibah/kemalangan antara perkara yang kita sendiri tak menjangkakan ia akan berlaku, begitu juga kami. Pembukaan tahun 2019 ini ada sedikit musibah atau kite ambil kira sebagai teguran sayang daripada Sang Pencipta. Terjadi minggu Raya Cina yang lalu.
Hari Ahad, hari yang mana kami mendapat khabar buruk dari group wasap family Mr Pomen.
Mr Pomen kebetulan baru tiba dari kampungnya just around 20minit gitu. Kami menerima kiriman gambar dan video sewaktu kejadian tersebut.
Terperanjat bukan kepalang bila melihatnya. Syukur alhamdulillah, tiada melibatkan kemalangan jiwa. Berikut adalah gambar2 yang dikirimkan oleh anak saudara yang kebetulan berada di kg untuk menjaga neneknya yang kurang sihat dari segi emosinya.
**Thank to Kakak Nurina ^_^
Ketika ribut baru lepas melanda..
Bumbung rumah my FIL diterbangkan ribut lewat petang Ahad tersebut.
Video yang sempat Kakak Nurina share Malamnya, membersihkan mana yang termampu sementara menanti siang.
Lawatan mengejut dari pihak2 yang berkaitan..
Alhamdulillah, bantuan makanan pon ada kami terima, bantuan untuk mengantikan bumbung dan kerosakkan pon kami ada terima.
Agihan bantuan makanan dari pihak terlibat.
Menerima lawatan demi lawatan untuk melihat sendiri tempat kejadian sebelum bantuan dihulurkan.
Sekitar 2 minggu selepas kejadian maka bantaun pon tiba...syukur Ya Allah, kau permudahkan urusan kami dalam menghadapi musibah ini, kau hadirkan mereka yang berhati mulia untuk sama2 meringankan beban kami. Syukran.
Projek baik pulih rumah pon berlangsung.
Selepas pengubahsuaikan/pembaikpulih rumah sedang berlaku.
Syukur ya Allah atas nikmat ini.
Terima kasih kami ucapkan kepada pihak2 yang terbabit dalam usaha membaikpulih rumah kami sama ada terlibat secara langsung atau yang disebalik tabir. Jasa mu kami kenang.
Thanks for visiting =D
Ok babai.
No comments:
Post a Comment