Assalamualaikum semua...
Today nak sembang pasal kesah anak2 ku.
Venue : SKSri Damansara II
Date : 210614
Time : 8.30-12pm
Hari IBUBAPA bertemu cikgu di sekolah a.k.a hari ambil result anak2 yer.
Hal ni aku dah pungpang2 dalam FB tapi of cause le kan...FB aku bukan semua aku accept as friend sebab aku pon nak privacy gak... sebab ramai sangat yang jadi spy sekarang ni, hemm tak cukup kerja aku rasa depa2 ni...tak per tweet saya open to public, don't worry ye =P, boleh follow di situ.
Pada mereka yang anak2 masih kecil...HAHAHA korang tak yah nak over macam aku ni, SILA jangan gedik nak ikut peel aku yang over sangat bak kata sang suami. Pada yang anak2 dah besar, dah melalui... Hihihi...korang sure senyum sumbing sebab dok letih gelakkan aku kan...x per aku redha =p lepas ni aku jadi senior gak macam korang. Hahaha, dah melalui detik ni, so future boleh tolong gelakkan our junior gak (^_~).
So by 9.00am mak with battalions dah terpacak kat depan kelas si anak. Amboi..siap berbaris tau tunggu turn, kalau ikut kebiasaanya lepas ambil results dah boleh bawa anak2 pulang tapi due aku otw ke sekolah WA dah berbunyi2, akak, Airil tak boleh baliklah kak...cikgu kata kementerian tak kasi budak balik awal... pulak dah, dah jadi kerja mak nak datang semula jemput kan...
We are here =)
Iman gediks...
Diam sekejap je pon budak ni...pastu dok kejar dia sesaja...
Eh, tak nak pandang pula...
Anak sape ni???
Pose terbaik di alaf ini. Huhuhu.
BaaChak!!
Serabai rambut heh.
Makcik kecik ni tolong jaga kerusi...
1 cempaka, si anak kelas di sini...
Ok...baru terperasan gambar cikgu takde, Hahaha...
Si emak busy with battalions sekali busy dengar cikgu explain pasal si anak.
Hemm... hemm...hemm...
Puan, jangan risau subject English exam baru2 ni memang "taf" sikit soalan dia...saya pon ada tengok soalan tu, memang high level lah...tapi Alhamdulillah...Raziq boleh buat, lulus even tak cemerlang seperti macam yang lain2 subjects. Pengiraan kite base on 4 subject ye, BM, Maths, Science dan BI.
Cikgu Noraini rasa dia macam mana? ada potential tak untuk lebih maju.
Owh! ada puan...dia boleh buat cuma agak careless bila menjawap. BI kene banyak buat latihan lah untuk improvekan BI dia.
Anak saya macam mana dalam kelas ye cikgu? ada kawan dia cakap dia suka guling2 dalam kelas, betul ke??
Eh tak delah guling2...tapi dia suka berangan, mengelamun...pandang luarlah pandang padang sekolahlah...suka berangan...nanti saya dah jeritkan..minta maaf ye puan, saya menang menjerit dengan budak2 ni kalau tak pay attention... so bila saya tegur Raziq, dah panggil nama dia...baru dia pay attention balik. macam tu lah...
Owh! tak pe cikgu nak jerit pon *cikgu tak tahu..mak irfan ni pon kaki jerit tarzan gak...setaman dengar kalau mak irfan menjerit* Heehhe.
Cikgu, anak saya ni suka kacau murid2 lain tak??
Owh! tak...Raziq bukan jenis macam tu...dia tak kacau orang tapi macam saya cakap tadi, dia suka berangan, mengelamun...macam hidup dalam dunia dia sendiri.
Hemmm itulah antara sembang mak dengan cikgu ye.
*agaknya...ape yang irfan menung kan???*
Lepas habis siap sembang2 dengan cikgu so kami ke kantin...lapo tu, dari pagi tak makan...dupdap2 pasal results anak yang entah lulus entahkan tidak...
Dan inilah suasana sekolah mengjelang Ramadhan yang bakal tiba, sana sini cikgu2 gigih memanjat dan memasang sepanduk / banner pasal ramadhan. Ok, teruja aku nak sambut Ramadhan tau...
Fadilat ramadhan...
Muka mak cover nak berubah jadi hulk!
Mak Irfan yang superb garang!!
Muka mak yang pasrah dengan results anak yang tak berapa nak cemerlang.
Anak dara mak yang tolong pujuk hati mak yang rawan..
Sesi luah rasa yang terbuku dalam hati si emak kepada si bapa.
*Malam tadi punya cerita*
Dialog sang bapa dengan sang ibu.
Oklah yang results Irfan ni, cuba tengok...dalam berangan dia dalam kelas at least dia score juga tau...kalau abang ni, memang xdelah nak lulus macam ni.
Hemm cuba tengok dia no berapa dalam kelas??? Half ok, ngam2 atas pagar.
BM-98, Maths-98, science-98 cuma BI je 72. Emm BI ni yang buat dia drop jauh ni.
Tahu pon...
Cuba ayang tengok, no dalam kelas 17/34, kalau campur kelas pon 17/95. SO means sapa yang dapat no 1-3 tu confirm semua subject 100% pastu yang bezakan dia orang is subjects lain2 tu. Pandai2 ye budak dalam kelas Irfan ni... different markah Irfan 34je tapi tertinggal 16tempat tu...hebatlah budak2 sekarang...
Hemm tau pon, kalau dia dok asyik berangan memanglah tak boleh nak bersaing, cuba esok abang nasihat sikit...kalau ayang cakap dia dah boring kot.
OK, esok abang nasihat sikit dia, bagi ruang kat dia nak berkawan jangan asyik terperuk dalam rumah...
Eh! this week je tau ayang tak bawa dia berjalan...lain2 minggu tu kami keluar je pon outing. Pesan kat dia...exam bulan 10 nanti tentukan kelas untuk darjah dua...kalau turun kelas, memang siaplah dia tu! *Hehehehe mak tunjuk kuasa vito*
Over all, alhamdulillah...my teruna kesayangan lulus walaupon bukan dalam ketegori cemerlang terbilang macam yang saya angankan tapi alhamdulillah...subjects lain pon lulus dan so far paling teruk pon is B lah, no C, no D etc...
Results - 3A1B
No dalam kelas - 17/34
No dalam darjah - 17/95
Purata markah - 91.5
Keep it up Irfan, mummy tau awak boleh buat cuma awak cuai!!.
*Ni baru anak sorang dalam sekolah rendah kalau dah 2 orang, alahai..pengsan mak kot tolong pikir results anak2...*
Nanti sambung pasal hadiah pula...
Thanks for visiting =D
Ok babai.
No comments:
Post a Comment